Individu Makan Lemak Tenusu Kurang Berisiko Sakit Jantung – Kajian

- Advertisement -

LONDON – Satu kajian mendapati individu yang banyak mengambil lemak tenusu adalah kurang berisiko untuk menghidap penyakit jantung berbanding mereka yang mengambil makanan rendah lemak daripada produk berasaskan susu, lapor agensi berita United Press International (UPI) semalam.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal PLOS Medicine itu menunjukkan, tanpa mengira umur, gaya hidup, amalan pemakanan dan penyakit lain, individu dengan kadar lemak tinggi dalam dalam darah hasil daripada pengambilan produk tenusu yang banyak kurang berisiko menghidap penyakit jantung berbanding mereka yang mengamalkan diet rendah tenusu.

Sebagai tambahan, penyelidik berkata bahawa pengambilan produk tenusu tidak dikaitkan dengan peningkatan risiko kematian.

Pengambilan produk tenusu meningkat secara global memandangkan tenusu merupakan bahan utama dalam pelbagai jenis makanan seperti aiskrim, yogurt, keju, puding, beberapa jenis bijirin, bahkan ia juga merupakan bahan dalam ubat-ubatan seperti pil perancang kehamilan dan makanan tambahan seperti vitamin.

“Beberapa garis panduan diet terus menyarankan pengguna memilih produk tenusu rendah lemak,” kata penulis bersama kajian, Matti Marklund dalam satu kenyataan akhbar.

Sementara itu, pengambilan produk berasaskan tenusu terutamanya yang telah melalui proses penapaian dikaitkan dengan memberi manfaat kepada jantung.

“Peningkatan bukti menunjukkan bahawa kesan kesihatan makanan tenusu mungkin lebih bergantung kepada jenis tenusu seperti keju, yogurt, susu, dan mentega berbanding kandungan lemaknya.

“Adalah penting untuk diingat bahawa walaupun makanan tenusu kaya dengan lemak tepu, ia juga kaya dengan banyak nutrien lain dan boleh menjadi sebahagian daripada diet yang sihat,” kata seorang penyelidik di Fakulti Kesihatan Awam Johns Hopkins Bloomberg, Kathy Trieu. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat