JAIS serah nama anti-vaksin kepada Sultan Selangor Jumaat ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menyerahkan senarai nama individu yang enggan mengambil vaksin COVID-19 kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat ini.

Semua individu yang terbabit itu terdiri guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), pentadbir masjid dan penolong pendaftar nikah di negeri ini.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, berkata Sultan Sharafuddin sudah menitahkan kepadanya supaya memberikan perincian berhubung program vaksinasi khas hari ini.

“Saya dititah oleh Tuanku semalam untuk melaporkan semua maklumat berkaitan program hari ini, khususnya siapa yang tidak hadir dan menolak untuk divaksin. Tuanku amat prihatin kerana kumpulan ini juga barisan hadapan dan perlu ambil tindakan sewajarnya.

“Tugas saya di peringkat jabatan, saya akan berbincang dengan timbalan dan pegawai saya dan kita akan merujuk semua peraturan dan tatatertib.

Saya akan menggunakan kuasa saya jika perlu selepas dinasihati, tetapi mereka yang masih enggan divaksin akan diteliti, termasuk dari segi perundangan dan hukuman,” katanya pada program pemberian vaksin melalui pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Khas individu yang belum divaksin menerusi kerjasama JAIS dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) di Masjid Negeri, pada Rabu.

Memetik Berita Harian, Mohd Shahzihan berkata, secara keseluruhannya sejumlah 872 individu daripada JAIS sepatutnya hadir divaksin, namun ada yang menolaknya.

“Sehingga jam 11 pagi tadi, seramai 146 individu hadir namun 80 peratus daripada jumlah itu menolak untuk divaksin walaupun pegawai kesihatan cuba menasihati dan memberi penjelasan.

“Antara alasan diberikan, ia berkait dengan pegangan dan pemahaman mereka, malah sudah dapat petisyen yang dihantar ke pejabat saya dengan hujah seperti peguam berserta lampiran kes dan kenyataan akhbar.

“Program ini akan tamat jam 3 petang dan kita akan tahu jumlah sebenarnya yang bersetuju dan menolak untuk divaksin,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JKNS, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman, pihaknya akan terus membantu JAIS bagi melancarkan program pemberian vaksin berkenaan.

“Bagi individu yang menolak untuk divaksin hari ini, jika terbuka hati dan berminat selepas ini kita ada 53 klinik kesihatan dan 10 hospital di Selangor yang boleh menerima secara ‘walk in’,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat