WHO Iktiraf Hospital Medan Malaysia Yang Terbaik – Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengiktiraf Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai Hospital Medan yang terbaik.

Jelas Hishammuddin, pengiktirafan yang diperolehi itu kerana kelengkapan di Hospital Medan Malaysia amat lengkap dan sangat dipercayai.

“Hospital Medan ATM telah mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), salah satunya Hospital Medan di  Cox’s Bazar, Bangladesh,

“Pengiktirafan ini membuktikan ATM mempunyai kelengkapan dan kewibaan melakasanakan operasi ketenteraan selain perang khusus dalam segi bantuan kemanusiaan dan bencana,

“Malah pengiktarafan WHO ini menobatkan Hospital Medan Malaysia sebagai Hospital Medan tahap 3 terbaik, terlengkap dan sangat dipercayai.” katanya pada sesi penggulungan Titah Diraja di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau mengucapkan tahniah kerana ATM mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

“Saya dan seluruh rakyat Malaysia tumpang bangga!.” ujar beliau.

Hospital Medan Malaysia bermula 20 November 2017 hingga penghujung tahun 2020 bagi menampung keperluan kesihatan dan perubatan komuniti Rohingya di kem pelarian berkenaan. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat