iOS 15 perkenal ciri baharu

- Advertisement -

Pengguna peranti pintar keluaran Apple iaitu iPhone sudah boleh menaiktaraf sistem operasi iOS versi 15 bermula pagi semalam.

Menerusi versi baharu itu, Apple memperkenalkan beberapa ciri baharu mesra pengguna untuk iOS 15 mereka dan pastinya ia memberi manfaat kepada semua pengguna.

Untuk itu, #ITMetro akan menyenaraikan beberapa perkara yang boleh pengguna lakukan menerusi iOS 15 berkenaan.

SharePlay

Kefungsian SharePlay membolehkan pengguna memanfaatkan perhubungan FaceTime sambil menonton rancangan televisyen kegemaran bersama rakan dengan fungsi SharePlay.

FaceTime

Pengguna iOS 15 juga boleh menghantar jemputan untuk pautan FaceTime kepada sesiapa saja walaupun mereka menggunakan Windows atau sistem operasi Android dan fungsi berkenaan masih bersifat panggilan terkod.

 

 

Focus

Menerusi kefungsian berkenaan, pengguna boleh menetapkan ‘fokus’ utama peranti iaitu untuk mod ‘Tidak Diganggu’, ‘Tidur’ atau ‘Personal’.

Malah pengguna juga boleh mengubah tetapan berkenaan berhubung aplikasi mana yang dibenarkan untuk menghantar notifikasi dan sebagainya.

‘Memori’

Sistem operasi versi iOS 15 ini juga turut menampilkan kaedah baharu yang lebih interaktif untuk melihat memori malah pengguna boleh melaksanakan pengubahsuaian dengan tetapan lagu berdasarkan kepada senarai Apple Music.

Keutamaan Privasi

Apple sememangnya terkenal mengutamakan ciri privasi untuk pengguna dan menerusi iOS 15 ini, mereka melaksanakan penambahan ciri berkenaan.

Pengguna boleh memilih untuk menutup alamat protokol Internet atau ‘IP Address’ termasuk lokasi untuk perlindungan privasi emel.

Ia membantu pengguna untuk menghindarkan penghantar melihat butiran berkenaan.

Tab Safari

Pengguna pelayar Safari kita boleh melakukan penyeragaman antara peranti dan setiap maklumat yang disimpan boleh oleh Safari boleh diakses untuk semua peranti pengguna.

‘Power Live Text’

Menerusi keupayaan Apple Neural Engine, pengguna boleh memanfaatkan kefungsian ‘live text’ berkenaan untuk pelbagai kefungsian seperti merakam gambar dan mengambil teks di dalam gambar berkenaan serta pelbagai manfaat lain.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat