‘Umno tak akan lantik lagi calon hanya sebab dia Ketua Umno Bahagian atau sekadar ada jawatan parti’

KUALA LUMPUR – Umno tidak akan lagi mengguna pakai taktikal politik lama dalam memilih calon mewakili parti Melayu itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) depan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan strategi baharu Umno adalah untuk menang pilihan raya sebab itu faktor pemilihan calon ada kriteria penting.

“Kalau nak masuk pilihan raya, sebelum nak tubuh kerajaan kena tengok kepada candidate (calon). Tak boleh dah kerana Ketua Umno Bahagian, atau awak Ketua Wanita Bahagian atau awak timbalan mahupun apa-apa jawatan.

“Kalau ada seseorang yang pada saya kerana semua orang bersetuju. Kita nak menang, jadi personaliti itu mesti strong character dari segi disiplinnya, dari segi penerimaan masyarakat dan orang itu calon Umno kalau patut ambil kita ambillah dia sebagai calon sebab kita nak menang,” tegas Pengerusi Umno Kedah itu dalam audio siar jam Kesebalas.

Menurut Mahdzir sebagai sebuah parti yang tidak sekuat dahulu, Umno-BN perlu sasar berapa kerusi untuk dimenangkan dalam pilihan raya.

“Kita kena ada kerangka kerja nasional, berapa banyak kamu nak menang yang tu saya tak maulah nak cakap itu bukan level saya untuk bercakap kerana itu dah langgar batas.

“Tapi maknanya kita (Umno-BN) kena tahu berapa banyak kerusi yang dia nak menang,” jelas bekas Menteri Besar Kedah itu lagi.

Ditanya adakah perlu untuk Umno berubah atau melakukan modifikasi imej parti Melayu.

Mahdzir menegaskan Umno perlu kekal jadi Melayu tulen seperti asal pembentukannya.

“Umno kena kekal jadi Melayu tulen sebab kamu datang macam tu, nak pi ke depan pun macam tu.

“Soal siapa nak datang jadi partner you takpa, tapi kamu punya persembahan itu yang itu jugalah tak ada modifikasi, original.

“Kekal dengan perjuangan Melayu tulen untuk agama, bangsa dan negara lepastu sapa nak jadi partner tak jadi masalah .

“Siapa yang nak jadi rakan kongsi politik kena terima Umno apa adanya.” ujar Mahdzir yang juga bekas Menteri Pendidikan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat