Pemuda UMNO Kapar mahu Lokman Adam dikenakan tindakan disiplin

KUALA LUMPUR, – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Mohd Afiffi Mohd Aris, hari ini mengemukakan aduan rasmi kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berhubung tindakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Lokman Noor Adam yang didakwa melanggar disiplin parti.

Dalam surat bertarikh 22 Ogos itu, Mohd Afiffi menegaskan bahawa Lokman Noor Adam secara terbuka telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, tidak beretika dan melampaui batas ketika sesi temu bual bersama NRChannel TV yang tular di media sosial.

Antara lain, Lokman didakwa menuduh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mempunyai agenda tersembunyi untuk menaikkan “H2O” sebagai Perdana Menteri serta melabel beliau sebagai “Ketua Pemuda H2O”.

Menurut Mohd Afiffi, tuduhan itu bukan sahaja fitnah tetapi berbahaya kerana boleh menimbulkan perpecahan dalam kalangan kepimpinan UMNO, merosakkan imej parti dan menanam persepsi negatif terhadap pucuk pimpinan.

“Tindakan biadab dan tidak bertanggungjawab ini jelas membelakangi semangat solidariti serta setiakawan sesama ahli UMNO, malah secara langsung menimbulkan defisit kepercayaan dalam kalangan ahli serta akar umbi terhadap kewibawaan MKT sendiri,” katanya.

Beliau turut menegaskan sikap menyerang sesama sendiri ketika UMNO sedang bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 hanya menguntungkan pihak lawan politik dan melemahkan kedudukan parti di mata rakyat.

Sehubungan itu, Pemuda UMNO Bahagian Kapar mendesak agar Lembaga Disiplin Parti mengambil tindakan tegas dan sewajarnya terhadap Lokman Noor Adam di bawah Fasal 20.10 Perlembagaan UMNO.

Mohd Afiffi berkata, tindakan disiplin keras perlu diambil supaya menjadi pengajaran kepada mana-mana ahli yang bertindak sesuka hati sehingga melanggar tataetika parti.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat