Wanita Umno tuntut kerusi DUN Mahkota, yakin boleh menang – Noraini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Noraini Ahmad menuntut Umno mengekalkan status quo dengan menempatkan calon Wanita Umno di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota.

Ketua Wanita Umno itu berharap kepimpinan Umno Pusat dan Negeri Johor menaruh kepercayaan kepada calon wanita untuk mengekalkan kemenangan di DUN itu.

“Sekembalinya kita daripada perhimpunan ini, kita bakal menghadapi satu Pilihan Raya Kecil Dun Mahkota. Kerusi ini amat penting untuk kita kekalkan. Legasi Allahyarhamah Datuk Sharifah Azizah Syed Zain perlu kita pertahankan.

“Kepada pucuk pimpinan, Wanita Umno menuntut supaya calon dari wanita diberi peluang untuk di ketengahkan. Takkan tak ada seorang calon wanita pun yang layak.

“Dalam PRU-14, kita kalah di Mahkota ini. Tetapi ketika PRN Johor, kepimpinan negeri Johor dan juga Presiden berani meletakkan kepercayaan kepada calon wanita,” katanya ketika ucapan penangguhan Perhimpunan Wanita Umno, pada Khamis.

Mengulas lanjut Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong berkata, walaupun kerusi ini bukan mudah untuk dimenangi, dan Wanita Umno bertembung empat penjuru, namun calon wanita telah berjaya menang dengan majoriti 5,166 undi.

“Apa lagi hendak dibuktikan lagi? Kepada seluruh jentera wanita, kita juga ada satu tanggungjawab yang besar. Kita tiada masa untuk berehat dan kita juga tiada masa untuk bertangguh.

“Segala persiapan perlu segera dilaksanakan,” kata Noraini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 Sept ini sebagai hari pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Mahkota.

Pengerusi SPR Ramlan Harun mengumumkan 14 Sept sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal dijadualkan pada 24 Sept.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat