Politeknik Korea Selatan kongsi kepakaran AI, IoT & Robotik dengan PUO

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

IPOH – Politeknik Ungku Omar (PUO) memperkukuh kerjasama dengan Politeknik Korea Selatan, Kampus Seoul Jongsu bagi perkongsian pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI), Internet Benda (IoT), dan Robotik, melibatkan pelajar dari kedua-dua institusi.

Menerusi kenyataan oleh PUO, memaklumkan program mobiliti pelajar antarabangsa dari Korea Selatan berlangsung di sini pada 13 hingga 16 Ogos lalu.

Ketibaan delegasi Korea Selatan itu telah diraikan oleh Pengarah Kanan (Akademik) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Hj. Mohd Noor Shahudin dan Pengarah PUO, Dr. Shamsuri Abdullah.

Dr. Shamsuri berkata, program mobiliti ini menawarkan pendedahan dan latihan praktikal mengenai penggunaan teknologi terkini dalam bidang AI, IoT, dan Robotik melalui perkongsian pengetahuan dan kepakaran dari Korea Selatan.

“Pelajar dari Politeknik kedua-dua negara berpeluang meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang yang semakin penting ini.

“Bengkel ini telah menghasilkan dua projek utama iaitu Projek Implementasi Rumah Pintar menggunakan Teknologi AI dan IoT berdasarkan Peranti Pengkomputeran Fizikal.

“Selain itu, Projek Implementasi Lengan Robotik dengan menggunakan Teknologi AI dan Open-CV.

“Sinergi strategik dan perkongsian pintar antara kedua-dua institusi ini , bersama pihak industri memberikan nilai tambah kepada perkembangan pengetahuan dan kemahiran pelajar sebagai persediaan menghadapi cabaran perkembangan teknologi masa kini dan akan datang.

“PUO sentiasa komited dalam menawarkan program pengajian yang relevan dengan keperluan industri,” katanya lagi.

Dalam pada itu, delegasi dari Korea Selatan itu turut memberikan 20 kit pembelajaran Robotik dan IoT bagi membantu pelajar PUO dalam meneruskan sesi pembelajaran dan eksplorasi ilmu melalui pendekatan pembelajaran interaktif.

“Program mobiliti ini turut mendapat sokongan daripada pihak industri, Galaxy Group of Companies,” tambah kenyataan itu lagi. -SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat