“Zainab Mohd Salleh bukan isteri saya” – Abd Latiff

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Abd Latiff Ahmad menafikan dakwaan bahawa Zainab Mohd Salleh- individu yang didakwa memiliki syarikat yang terlibat dengan projek Kapal Pesisir Tempur (LCS)- sebagai isteri beliau.

“Saya menegaskan bahawa, Zainab Mohd Salleh bukan isteri saya seperti mana yang dinyatakan dalam berita tersebut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Selain itu, Abd Latiff juga menegaskan sebagai seorang anggota kabinet, beliau bersedia memberi sebarang kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang ingin menjalankan siasatan selanjutnya kepada beliau.

Hari ini, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli dan sebuah portal mendakwa Zainab Mohd Salleh sebagai isteri kedua Abd Latiff.

Zainab Mohd Salleh juga didakwa memiliki syarikat yang mencurigakan dan tidak berdaftar iaitu Alizes Marine Ltd yang didaftarkan di Malta dan Labuan di bawah nama sama.

Syarikat itu juga didakwa beroperasi sebagai syarikat samaran.

Abd Latiff dan Zainab juga didakwa merupakan pemegang saham Mega P Sdn Bhd, yang merupakan anak syarikat kepada syarikat konglomerat pertahanan Ameris France.

Penelitian terkini menunjukkan Zainab kini memegang keseluruhan 350,002 saham dalam syarikat tersebut.

Rafizi hari ini turut mendakwa, dalam laporan siasatan dalaman projek LCS jelas menyebut Zainab sebagai isteri kepada Abd Latiff.

Perkara itu dimaklumkan di muka surat 96, perenggan 3.16.13.2 dalam laporan berkenaan, dakwa Rafizi.

Sehubungan itu, Rafizi berkata adalah mustahil sekiranya penyelewengan projek LCS tidak melibatkan perdana menteri dan menteri pertahanan pada ketika itu, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat