UMNO tunggu kehadiran Ismail Sabri?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mesyuarat tergempar UMNO menanti kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Naib Presiden UMNO itu dimaklumkan akan menghadiri mesyuarat berkenaan memandangkan beliau menjadi topik utama persidangan tersebut.

Menara Datuk Onn hari ini kecoh apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memanggil Ketua-ketua Bahagian UMNO.

Dikhabarkan tidak sampai 100 hadir daripada 191 Ketua Bahagian dalam mesyuarat tersebut.

Kata sumber, agenda utama yang dibincangkan ialah desak segerakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) namun topik utama berkisar ‘Ismail Sabri’.

Antara lain dikhabarkan berkenaan skandal Kapal Tempur Pesisir (LCS) dan kes mahkamah Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, ada maklumat memberitahu Ismail Sabri tidak hadir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat