Tiket konsert Hetty terjual 85 peratus

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bintang legenda Indonesia, Hetty Koes Endang tidak sabar mahu menjayakan Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang yang bakal berlangsung di Manhhatan Ballroom, Hotel Berjaya Times Square, Sabtu ini.

Menerusi perkongsian dimuat naik dalam Instagram (IG), Hetty yang lebih mesra disapa Bunda turut mengharapkan diberi kesihatan yang baik agar persembahannya berjalan lancar.

“Assalamualaikum dan apa khabar semuanya. Alhamdulillah, sihat semuanya. Doakan juga semoga Bunda sihat.

“Tidak terasa tinggal tujuh hari sahaja lagi Bunda akan membuat persembahan untuk sahabat dan peminat yang sudah membeli tiket.

“Pada malam itu, kita akan bernostalgia dan bergembira bersama. Jangan lupa doakan semoga Bunda sihat,” katanya menerusi perkongsian berbentuk video.

 

Hetty mahu bernostalgia dan berkongsi kegembiraan dengan peminat.
Hetty mahu bernostalgia dan berkongsi kegembiraan dengan peminat.

 

Konsert berdurasi dua jam bersama makan malam ekslusif itu bukan sahaja diiringi pemuzik profesional, tetapi, turut mendapat sentuhan pengarah muzik berpengalaman, Datuk Ramli MS.

Sebanyak 15 lagu akan diperdengarkan yang menyaksikan penyanyi bervokal hebat ini menyampaikan pelbagai genre lagu seperti pop, dangdut dan keroncong yang begitu cukup sinonim dengannya.

Antara lagu bakal didendangkan termasuklah Kasih, Berdiri Bulu Romaku, Tak Ingin Sendiri dan banyak lagi.

Sementara itu, sempena bulan kemerdekaan, pihak penganjur, Mahajaya Empire Sdn Bhd menawarkan potongan harga tiket sebanyak 31% bagi tiket kategori platinum.

Sejak penjualan tiket dibuka beberapa bulan lalu, sambutan diberi kepada bekas juri Gegar Vaganza itu cukup menggalakkan apabila tiket sudah terjual sebanyak 85%.

Tiket dijual antara RM11,700 hingga RM570 boleh dibeli menerusi laman sesawang ilassotickets.com.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,498FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat