Perjumpaan tergempar Ketua UMNO bahagian desak segerakan PRU-15?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Agenda perjumpaan tergempar Ketua-ketua UMNO Bahagian hari ini didakwa mendesak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) disegerakan.

Jemputan yang dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyebut Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta agar Ketua-ketua UMNO Bahagian hadir ke satu pertemuan khas.

Ia dikatakan berhubung satu perkara sangat penting demi masa depan parti yang mesti disegerakan.

Menurut sumber ia kemungkinan agenda mendesak PRU diawalkan.

Malah jemputan itu juga ditegaskan sebagai pertemuan segera dan mustahak.

Mesyuarat tergempar itu berlangsung jam 11 pagi ini di Menara Datuk Onn.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat