Projek LCS: Syarikat tidak wujud, isteri bekas timbalan menteri pertahanan didakwa terlibat

- Advertisement -

Beberapa syarikat yang tidak berdaftar dan tidak wujud didakwa terlibat dengan transaksi projek Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Antara pemilik syarikat yang mencurigakan itu didakwa milik isteri bekas timbalan menteri pertahanan.

Menurut portal MalaysiaNow, nama pemilik syarikat itu ialah Zainab Mohd Salleh. Difahamkan Zainab merupakan isteri kepada Ahli Parlimen Mersing Datuk Abdul Latiff Ahmad.

Latiff kini merupakan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau sebelum ini pernah bersama Umno sebelum menyertai Bersatu ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Ketika beliau masih menjadi ahli Umno, Latiff adalah timbalan menteri pertahanan dari 2008 hingga 2013.

Nama Zainab turut dikaitkan dengan satu lagi syarikat yang menerima jutaan dolar daripada projek LCS itu. Namun melalui beberapa akaun mencurigakan di luar negara.

“Syarikat itu, Alizes Marine Ltd didapati didaftarkan di Malta dan Labuan di bawah nama yang sama,” kata portal berkenaan.

Malta dan Labuan adalah lokasi perlindungan cukai luar pesisir.

Selain itu, siasatan forensik bagi projek berkenaan juga mendapati, salah satu syarikat terlibat adalah Sousmarin Armada Ltd yang beralamat di Paris dan transaksi pembayaran kepada syarikat itu dibuat di Singapura.

Transaksi serupa juga turut didapati berlaku dalam kalangan syarikat kontraktor lain yang dianugerahkan kontrak projek LCS.

Kedua-dua syarikat berkenaan didakwa beroperasi sebagai syarikat samaran.

“Mereka hanya ada pejabat maya, atau dengan kata lain, mereka tidak mempunyai pejabat.

“Namun kedua-dua syarikat itu dibatalkan pendaftarannya antara 2014 dan 2019,” kata portal berkenaan yang memetik sumber.

Sementara itu, Latiff dan Zainab juga merupakan pemegang saham Mega P Sdn Bhd, yang merupakan anak syarikat kepada syarikat konglomerat pertahanan Ameris France.

Penelitian terkini menunjukkan Zainab kini memegang keseluruhan 350,002 saham dalam syarikat tersebut.

Minggu lalu, bekas panglima tentera laut dan pengarah urusan Boustead Heavy Industries Corp (BHIC) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor didakwa melakukan pecah amanah jenayah (CBT) berhubung projek itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini beberapa kali berikrar akan menjalankan siasatan berkaitan kontrak projek LCS bagi memastikan ia tidak menjadi bahan spekulasi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat