Mesyuarat KB Umno desak PM Campur tangan kes mahkamah?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mesyuarat tergempar Ketua-ketua UMNO Bahagian bersama Presiden tengahari tadi dikatakan bertujuan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masuk campur dalam kes mahkamah.

Menurut sumber, perjumpaan tersebut bermula dengan desakan agar Ismail Sabri mengarahkan kehakiman menangguhkan kes Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selama tiga bulan.

Desakan kedua ialah mahukan Perdana Menteri menasihati Peguam Negara agar mendakwa Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Bagaimanapun sebahagian Ketua Bahagian menentang cadangan tersebut kerana ia merupakan salah guna kuasa dan menghakis sepparation of power.

Antara yang menentang desakan tersebut ialah Ketua UMNO Bahagian Muar, Datuk Razali Ibrahim.

Perjumpaan ditangguhkan memandangkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu hadir ke prosiding perbicaraannya dan menanti kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dikatakan mesyuarat mahukan kehadiran Ismail Sabri dan Zahid bagi merungkai isu-isu yang berbangkit dalam UMNO.

“Bincang isu-isu semasa, macam-macam isu.

Dimaklumkan cuma 73 Ketua UMNO Bahagian yang hadir sedangkan jumlah keseluruhan 191.

Antara yang dilihat hadir Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Shahrir Samad, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Seri Ahmad Maslan, Datuk Seri Jamal Yunus.

Sebahagian Ketua UMNO bahagian tidak hadir kerana tidak berpuas hati dengan notis yang singkat jam 11 malam tadi. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat