CFO Dialog Group Bukan Zainab Yang Terlibat Skandal LCS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat kejuruteraan berkaitan minyak dan gas, Dialog Group Berhad hari ini menafikan dakwaan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) kumpulan itu, Zainab Mohd Salleh terlibat dengan skandal Kapal Pesisir Pantai (LCS).

Dalam kenyataan medianya, pihak komunikasi korporat kumpulan itu berkata, wujud kekeliruan antara Zainab Mohd Salleh yang memiliki syarikat Alizes Marine Ltd dengan CFO mereka.

“Kami ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa CFO kumpulan kami, Zainab Mohd Salleh telah dituduh sebagai pemegang saham Alizes Marine Ltd.

“Beliau (CFO Dialog Group Berhad) merupakan isteri kepada Dr Noor Azmi Mat Adenan, seorang doktor pakar sakit puan Gynaecologist-Oncologist di Pusat Perubatan Ara Damansara (ADMC).

“Sebarang tuduhan palsu atau kenyataan mengelirukan terhadap Dialog Group Berhad dan/atau anak syarikatnya termasuk pengarah dan/atau pekerjanya tidak akan dipandang ringan.

“Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan tersebut atau sebarang kenyataan yang mengelirukan,” kata kenyataan tersebut.

Dialog Group Berhad mengeluarkan kenyataan selepas terdapat pengguna Twitter mengaitkan CFO mereka dengan skandal LCF.

Antara pihak yang menuduh CFO kumpulan itu ialah Presiden Parti Aspirasi Sains Malaysia, Kenneth Chai.

Dalam tulisan di Twitternya, Chai turut memetik jawatan Zainab sebagai CFO kumpulan tersebut dan menggunakan gambarnya.

Bagaimanapun tulisan berkenaan telah dipadam dan Chai kemudian memohon maaf secara terbuka kerana memetik nama CFO Dialog Group Berhad sebagai individu yang mempunyai kaitan dengan transaksi kewangan projek LCS.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dan sebuah portal hari ini juga memetik nama Zainab Mohd Salleh sebagai pemilik syarikat yang terlibat dengan transaksi wang projek LCR.

Dalam kenyataan Rafizi, beliau turut mendakwa Zainab sebagai isteri kedua bekas timbalan menteri pertahanan yang kini menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Abd Latiff Ahmad.

Zainab didakwa memiliki dua syarikat yang mencurigakan dan tidak berdaftar iaitu Alizes Marine Ltd yang didaftarkan di Labuan dan Malta.

Syarikat milik Zainab didakwa menerima jutaan dolar daripada projek LCS itu.

Abd Latiff bagaimanapun menafikan Zainab Mohd Salleh merupakan isterinya dan bersedia untuk memberi kerjasama penuh sekiranya disiasat oleh pihak berkuasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat