Mesyuarat UMNO tangguh, tunggu Zahid dan Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mesyuarat tergempar Ketua-ketua UMNO Bahagian bersama Presiden akan disambung semula jam 5.30 petang ini.

Pengangguhan ini dibuat memandangkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu hadir ke prosiding perbicaraannya dan menanti kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dikatakan mesyuarat mahukan kehadiran Ismail Sabri dan Zahid bagi merungkai isu-isu yang berbangkit dalam UMNO.

Menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Bung Moktar Radin mesyuarat tergempar hari ini membincangkan isu-isu semasa.

“Bincang isu-isu semasa, macam-macam isu.

“Tapi mesyuarat tangguh sehingga 5.30 petang selepas Zahid selesai di mahkamah,” kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah itu ketika ditemui media di lobi Menara Datuk Onn pada Isnin.

Dimaklumkan cuma 73 Ketua UMNO Bahagian yang hadir sedangkan jumlah keseluruhan 191.

Antara yang dilihat hadir Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Shahrir Samad, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Seri Ahmad Maslan, Datuk Seri Jamal Yunus.

Kata sumber, agenda utama yang dibincangkan ialah desak segerakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) namun topik utama berkisar ‘Ismail Sabri’.

Antara lain dikhabarkan berkenaan skandal Kapal Tempur Pesisir (LCS) dan kes mahkamah Datuk Seri Najib Razak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat