Lima Lokaliti Di Sabah, Kelantan Dikenakan PKPD Bermula Selasa – MKN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan di dua lagi lokaliti di Sabah dan tiga di Kelantan mulai Selasa hingga 6 Sept ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata PKPD di Sabah melibatkan Kampung Buanog Matunggong di Kudat dan Kampung Balung Cocos di Tawau.

Beliau berkata di Kelantan, ia membabitkan tiga lokaliti di daerah Tumpat iaitu Kampung Telaga Bata, Kampung Kajang Sebidang dan Kampung Bunut Sarang Burung.

“Prosedur operasi standard (SOP) di kesemua PKPD adalah sama seperti diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rodzi berkata dua lokaliti PKPD di Tawau yang sepatutnya tamat esok dilanjutkan ke 6 Sept iaitu di Kampung Pukat, Tanjung Batu Laut dan Taman Semarak Indah.

Sementara itu, beliau berkata PKPD di Kampung Bongkok, Bera, Pahang pula ditamatkan hari ini, lebih awal daripada dijadualkan iaitu pada 27 Ogos manakala beberapa lagi lokaliti di Sabah, Kedah dan Terengganu akan ditamatkan esok mengikut jadual.

Ia termasuk Kampung Bukit Malut, Langkawi, Kedah dan Desa Keluarga YPK Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu.

Selain itu, empat lokaliti di Sabah iaitu Blok 11 Kampung Titingan dan Kampung Rawa-rawa Batu 4 di Tawau serta Perumahan Ladang Kapur, Benta Wawasan dan Perumahan Ladang Serudung, Usahawan Borneo di Kalabakan. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat