Harap KKM Dapat Perketat SOP Di Kedai Makan

- Advertisement -

KALAU sesiapa masih belum perasan, kedai makan adalah tempat dimana kebarangkalian untuk kita terdedah kepada virus seperti Covid-19, sangat mungkin.

Bukan bermaksud nak menimbulkan kebimbangan tapi realitinya, hanya di kedai makan, manusia dari pelbagai latar belakang dan tempat, berkongsi meja makan yang sama, membuka pelitup muka, kebarangkaliam tidak menggunakan hand-sanitizer (terutama yang makan dengan tangan) dan bersembang dekat.

Umumnya, di meja makan juga paling mudah berlaku gejala seperti tersedak, batuk, bersin dan sebagainya yang menyebabkan pengeluaran cecair dari dalam mulut ke permukaan meja yang memungkinkan penyebaran wabak Covid-19 kepada pelanggan seterusnya yang menggunakan meja itu.

Kluster Sivagangga – antara kluster paling pantas merebaknya Covid-19 di negara kita, bermula di sebuah restoran, kedai makanlah itu.

Justeru, adalah disarankan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya mengkaji semula SOP di kedai-kedai makan ini, mengetatkannya kalau perlu demi memastikan penyebaran Covid-19 terus terkawal di negara kita.

Antara cadangan penulis, mewajibkan pemilik kedai menggunakan bahan pembasmi kuman (yang bersesuaian) setiap kali membersihkan permukaan meja yang telah digunakan, serta memastikan pelanggan menggunakan hand sanitizer sebelum meninggalkan kedai makan. Tempat lain sebelum masuk, di kedai makan, sebelum keluar.

Boleh juga dicadangkan penggunaan sudu/garfu pakai buang atau menggalakkan pelanggan membawanya dari rumah – seperti nak solat di masjid perlu bawa sejadah sendirilah.

Mungkin tindakan ini akan meningkatkan kos operasi pemilik restoran sedikit sebanyak terutama penggunaan bahan pembasmi kuman untuk membersihkan meja atau menyukarkan pelanggan di sana sini, tapi bukankah kita berada dalam situasi norma baru? Perubahan/pengorbanan perlu dibuat demi kebaikan bersama.

Diakhirnya, seperti dijelaskan di atas, artikel ini bukan bermaksud menimbulkan kebimbangan tapi mengandungi saranan dan cadangan untuk kebaikan bersama berdasarkan pemerhatian penulis sendiri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat