Integrasi Kaum Dibawah PN Jauh Lebih Baik Dari PH -Reezal Marican

- Advertisement -

SLIM: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Reezal Merican berkata, sepanjang 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah negara, integrasi kaum berada ditahap kurang memuaskan dengan pelbagai isu sensitif melibatkan agama dan bangsa berlaku.

“Integrasi kaum dibawah Perikatan Nasional lebih baik apa yang berlaku sepanjang 22 bulan PH memerintah, katanya.

“Sebab itulah Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim ini adalah suatu ujian, ujian yang diberikan kepada kita ini kena pastikan untuk kita pertahankannya. Kita dah serik tengok kerosakkan yang dilakukan oleh PH, ujarnya lagi.

“Institusi-institusi yang tertentu dirobek, pembelaan untuk kaum melayu diabaikan. Nasib nelayan, pesawah, petani yang dahulunya mendapat nikmat dibawah BN dinafikan oleh PH. Sudahlah, cukuplah mimpi ngeri itu kembali, katanya lagi ketika berkempen di bilik gerakan PDM Changkat Sulaiman, malam tadi.

“Pastikan Slim ini kubu kuat BN pada 29 Ogos ini, pilihlah Mohd Zaidi Aziz sebagai Adun Slim, katanya lagi.

“Menang BN, menang MN bererti menang kepada sebuah perjuangan mengekalkan Malaysia yang sebelum ini ditukar kepada kononnya ‘Malaysia Baru’.

“Kita nak lawan pertahankan Malaysia asal, Malaysia yang asal dipasakkan fitrah yang memang berteraskan sebuah bangsa dan negara yang majmuk dan rakyatnya hidup rukun hingga ke hari ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat