PRN Sabah: Bersatu Tidak Akan Ambil Lebih Kerusi

- Advertisement -

Cyberjaya – Sewaktu menegaskan ia mempunyai autonomi berhubung pemilihan calon, PPBM Sabah hari ini berikrar akan mendengar maklum balas sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN) dalam persediaannya menghadapi pilihan raya negeri tidak lama lagi.

Pengerusinya Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Mohd Noor berkata, telah beberapa kali bertemu pemimpin UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang mengetuai jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN), bagi membincangkan isu pembahagian kerusi di kawasan yang menjadi rebutan kedua-dua parti itu.

“Bagi kami dalam PPBM, kami ada pendekatan menang-menang… kami tidak boleh mengambil lebih atau semua kerusi. Kami juga perlu memikirkan kepentingan rakan-rakan dalam PN dan Umno.

“Saya harap rakan-rakan dalam PN dan Umno/BN akan mengambil langkah terbaik bagi memastikan rakyat berpuas hati. Lebih penting ialah kami memenangi pilihan raya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat PPBM bahagian Tuaran di sini, hari ini.

Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) juga bersekutu dengan PN.

Hajiji berharap semua perbincangan, termasuk isu pembahagian kerusi, dapat diselesaikan sebelum hari penamaan calon pada 12 September depan.

Sebelum ini beliau berkata, PPBM Sabah bercadang untuk bertanding di sekurang-kurangnya 45 kerusi, tetapi Umno menegaskan parti itu mahu semua kerusi yang dimenanginya dalam pilihan raya umum lepas.

Kerusi tersebut kini diwakili oleh Adun PPBM yang merupakan bekas ahli Umno Sabah.

73 kerusi menjadi rebutan dalam pilihan raya yang dijadualkan pada 26 September ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat