“Restock Udang” Bukan Takut Papagomo Berkempen -Pakya Bistro

- Advertisement -

SLIM: Pemilik kedai makan Pakya Bistro & Catering yang terkenal dengan menu mee bandung udang galahnya menafikan kenyataan papagomo kononnya kedainya tutup kerana takut papagomo berkempen atau dibayar oleh mana-mana parti.

“Pakya ingin tegaskan Kedai Pakya tutup hari ini untuk restock udang. Udang habis” ujar Pakya.

“Pakya tak sokong mana-mana pihak, tolong jangan fitnah Pakya macam ni papagomo.

“Pakya minta maaf ya. Pakya tak main politik. ini suatu fitnah. Sekian.

Apa pun esok kedai buka. Jomlah datang papagomo. kata Pakya dilaman sosial facebooknya.

Terdahulu, PapaGomo telah menulis didalam media sosial instagramnya kononnya Pakya terpaksa menutup kedainya untuk mengelakkan papagomo turun berkempen dalam program “Speaker Corner” bagi menarik undi anak muda Slim.

 

 

 

Sementara itu setelah mendapat penjelasan sebenar dari Pakya Bistro, papagomo atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris, EXCO Pemuda UMNO Malaysia  telah meminta maaf kepada Pak Ya diatas salah faham yang berlaku.

“Setelah Pakya Bistro tegaskan melalui kenyataan ini, maka saya memohon maaf diatas andaian yang dibuat sebelum ini ke atas kedai Pak Ya dengan mengaitkan dengan parti pejuwang.

“Minta maaf ya Pak Ya, nanti minggu depan saya turun jumpa Pak Ya pekena Mee Udang, kata papagomo.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat