Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$120.9 bilion

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$120.9 bilion pada 15 Julai 2025, meningkat berbanding AS$120.6 bilion pada 30 Jun 2025.

BNM berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

“Komponen utama rizab tersebut ialah rizab mata wang asing (AS$107.3 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.9 bilion), emas (AS$4.1 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.3 bilion).

“Jumlah aset berjumlah RM613.12 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM511.36 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.62), pinjaman dan pendahuluan (RM27.31 bilion), tanah dan bangunan (RM4.58 bilion) dan aset lain (RM49.99 bilion),” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

BNM berkata, jumlah modal dan liabiliti berjumlah RM613.12 bilion, terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM189.97 bilion), mata wang dalam edaran (RM172.10 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM125.16 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM9.89 bilion), deposit lain (RM75.19 bilion), kertas Bank Negara (RM10.08 bilion), peruntukan SDR (RM27.77 bilion) dan liabiliti lain (RM2.83 bilion).

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat