Tindakan vokalis The 1975 satu kerugian, merosakkan segalanya – Luqman Podolski

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi rap, Luqman Podolski mengirimkan mesej kepada vokalis The 1975, Matt Healy dan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap penyanyi itu selepas berlakunya insiden memalukan di pentas konsert Good Vibes Festival 2023, semalam.

Dalam hantarannya di Twitter, Luqman memuat naik dua tangkap layar mesej kepada Healy dan salah satunya adalah mengenai bagaimana tindakan bodoh Healy menyebabkan kerugian kepada banyak pihak termasuk artis yang sepatutnya tampil membuat persembahan.

“Pertama sekali, kerana kamu, semua artis tempatan yang sudah membuat persiapan sejak sekian lama untuk membuat persembahan di acara ini, penganjur, penyewa tapak jualan makanan, penjaja dan lain-lain terpaksa menanggung kerugian.

“Kamu menjahanamkan semuanya dan saya tak peduli mengenai pendapat kamu. Sila hormat kalau kamu bertandang ke negara orang,” tulisnya.

Healy kemudiannya membalas mesej itu dengan sinis.

“Oh tidak! Saya minta maaf. Saya percaya saya kecewakan kamu. Saya tumpang sedih. Ada apa yang boleh saya buat? Atau awak patut diam sahaja, celaka.

“Saya okay saja. Terima kasih atas nasihat. Jemput saya, dan anda akan dapat saya. Bukan orang lain. Mereka (penganjur) jemput saya, jadi mereka dapat saya,” tulisnya.

Dalam satu ciapan lain oleh akaun Twitter @my_luas, terlihat video memaparkan vokalis itu merosakkan beberapa alatan kamera di acara sama.

“LGBT sampai cium mulut itu semua, dah satu hal. Tapi, bab sentuh alatan kamera, pijak drone, tolak, sepak juruvideo dan jurukamera, itu kami baran,” tulis akaun itu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat