Penceroboh Tanah Haram Akan Terus Didakwa, Tiada Lagi Kompaun- MB Wan Rosdy

- Advertisement -

RAUB: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan kerajaan negeri Pahang akan terus mendakwa di Mahkamah kepada mereka yang menceroboh tanah secara haram di negeri ini.

Tegasnya lagi, tindakan mendakwa mereka bukan untuk memalukan, tapi untuk memberi pengajaran agar tiada lagi pihak sewenang-wenangnya menceroboh sesuka hati.

“Kerajaan negeri akan perangi habis-habisan pencerobohan tanah haram, dan kita ingin mengurangkan atau sifarkan penerokaan tanah haram dan juga perlombongan haram.

“Apa jua aktiviti yang berkait aset kerajaan negeri, kita tidak benarkan sama sekali diceroboh secara haram kerana tindakan ini akan merugikan kerajaan negeri.” Katanya selepas merasmikan Karnival Tanah Peringkat Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, di sini, pada Sabtu.

Mengenai aktiviti pencerobohan tanah, Wan Rosdy berkata, tindakan tegas adalah perkara yang diutamakan buat masa sekarang.

Jelas beliau dalam tempoh sepuluh hari ini,  terdapat tiga kes tangkapan dilakukan di mana semua yang terlibat akan di bawa ke muka pengadilan.

“Saya juga meminta Pegawai Undang-Undang Negeri, YB Setiausaha Kerajaan Pahang serta pegawai-pegawai daerah supaya sekiranya ada berlaku penangkapan, saya tidak benarkan kompaun lagi.

“Ini kerana saya dapati kompaun ini tidak menakutkan mereka dan seolah-olah Kerajaan Negeri tidak serius. Kita akan membawa mereka ke muka pengadilan, biar rakyat nampak apa yang kita buat. Walaubagaimanapun, saya berharap ianya dapat dihentikan,” katanya.

Dalam ucapan perasmian, Wan Rosdy telah mengumumkan sebanyak RM105.3 juta telah berjaya dikutip oleh Kerajaan Negeri pada hari ini.

Beliau juga menasihatkan menasihatkan rakyat di negeri ini supaya melaksanakan tanggungjawab membayar hasil tanah sebelum 31 Mei setiap tahun.

“Menerusi hasil tanah yang dibayar ini juga membolehkan Kerajaan Negeri memulangkan semula kepada rakyat menerusi pelbagai bentuk inisiatif dan bantuan seperti Bantuan Prihatin Pahang dan inisiatif Kebanggaan Pahang.” ujar Wan Rosdy.

Majlis yang turut dihadiri Yang Dipertua Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Indera Haji Zulkifli Yaacob, Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang, Dato’ Hamdan Hussin, YB Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar, Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia&Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB Fadzli Mohamad Kamal serta Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato Sabariah Saidan.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat