Perkelahan eksklusif

- Advertisement -

Pengalaman berkelah di Taman KLCC tentunya mencetuskan momen paling indah.

Dalam latar panorama berkelah di tengah bandar, suasana itu pastinya menjadi terapi bermakna buat anda yang ingin meredakan tekanan dari kesesakan lalu lintas dan kerja.

Aktiviti berkelah dianjurkan secara eksklusif untuk pelanggan Suria KLCC baru-baru ini.

Tata landskap ‘Picnic In The Park’ itu menampilkan latar belakang Menara Berkembar Petronas serta iringan alunan muzik memukau di kawasan air pancuran muzikal KLCC.

Nyata ia menzahirkan pengalaman rekreasi yang tak mungkin dapat dilupakan.

Tetamu diberikan persediaan perkelahan eksklusif termasuk khemah, tikar dan dekorasi unik untuk memberi peluang kepada mereka merakam kenangan yang memaparkan atmosfera semula jadi, memukau dan mempesonakan.

Pelbagai barangan perkelahan lain seperti kipas mini, losen penghalang nyamuk, losen pelindung matahari dan peniup buih turut disediakan.

Alunan muzik dari Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) turut menambahkan kemeriahan suasana.

 

LATAR suasana pada sebelah malam.
LATAR suasana pada sebelah malam.

 

Menurut Ketua Pegawai Esekutif, Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien, pihaknya teruja melancarkan aktiviti ‘Picnic In The Park’ yang julung kali diadakan.

“Aktiviti berkelah ini diusahakan dengan tujuan menghargai keindahan semula jadi di sekitar Esplanade dan Taman KLCC,” katanya.

Menurutnya, setiap kumpulan dihidangkan dengan juadah makan malam untuk empat orang yang dibawakan secara istimewa oleh Burger & Lobster.

Hidangan gula-gula kapas dan ‘popcorn’ juga boleh didapati di kios yang disediakan.

 

MENZAHIRKAN pengalaman rekreasi yang sukar dilupakan.
MENZAHIRKAN pengalaman rekreasi yang sukar dilupakan.

 

Selain ada kios haruman mempesonakan, tetamu juga berpeluang merakam memori terindah melalui sesi fotografi di kios Hot Air Balloon. Tambahan pula, peluang beriadah di sekitar ‘Motion-Sensor Dancing Flower’ juga tersedia bagi menyingkap pengalaman lebih bermakna.

Pada penghujung sesi aktiviti pengalaman ‘Picnic In The Park’ iaitu sebelah malam, suasana diindahkan dengan persembahan kemuncak Simfoni Irama Tasik.

 

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat