Kolam Takungan Hiliran Sungai Mentiga Siap Hujung Tahun Ini

- Advertisement -

KUANTAN – Projek kolam takungan hiliran bagi loji rawatan air muka sauk Sungai Mentiga, dekat Chini, Pekan dijangka siap hujung tahun ini.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, setakat ini tahap pelaksanaan projek berkenaan sudah mencapai 87 peratus.

“Jadi, saya jangka ia boleh disiapkan menjelang hujung tahun ini.

“Pembinaan kolam juga sudah diperbesarkan berbanding kapasiti simpanan air asal iaitu 11 hari kepada 22 hari, dengan mengambil kira tempoh purata kemarau antara 22 hingga 24 hari,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, hari ini.

Mohammad Fakhruddin menjelaskan, kolam tadahan itu bukan sahaja berperanan sebagai tempat simpanan air semata-mata, tapi turut berfungsi sebagai pra rawatan air bagi memastikan kualiti bekalan diterima penduduk lebih baik.

“Ini bermakna, kolam terbabit boleh menyediakan bekalan air berkualiti kepada penduduk sekitar FELDA Chini, Paloh Hinai, Kampung Gumum, Kampung Mambang dan Padang Rumbia yang berjumlah kira-kira 33,000 orang,” jelasnya lagi.

Beliau memaklumkan, usaha mendapatkan peruntukan bagi pelaksanaan projek itu dimulakan oleh bekas Perdana Menteri yang juga bekas ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak sejak 2017 lagi.

Namun, katanya, perkara itu tergendala seketika pada Mei 2018 susulan pertukaran kerajaan Persekutuan.

“Datuk Seri Najib dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kemudiannya mengemukakan permohonan semula peruntukan bagi projek itu dan diluluskan FELDA pada 2020 dengan peruntukan berjumlah RM18 juta.

“Kerja awalan projek sudah dilaksanakan sebelum tergendala sekali lagi akibat pandemik COVID-19.

“Jadi, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Wan Rosdy kerana sentiasa memberi perhatian kepada projek untuk kesejahteraan rakyat di Pahang,” katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat