Najib sedih Thailand sedang bina kereta api laju,kecewa dengan PH batal HSR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Singapura dan Kuala Lumpur disifatkan sebagai langkah terkebelakang.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkongsi, perkembangan projek high speed rail Thailand yang menghubungkan Bangkok dengan Nakhon Ratchasima jarak 253 kilometer.

Kata Najib, beliau sedih melihat gambar-gambar pembinaan projek di negara jiran tersebut memandangkan kerajaan PH telah membatalkan HSR Kuala Lumpur- Singapura malah sanggup membayar pampasan lebih RM300 juta kepada Singapura.

“Sedihlah saya lihat gambar-gambar ni. Bukan di Malaysia tahu? Ini high speed rail Thailand.

“Banding pembangunan ekonomi negara-negara jiran dengan kita.

“Dahulu saya selalu buat perancangan ekonomi, buat awal-awal. Kita kena berada di depan.

“Nak bersaing dengan negara lain, kita tidak boleh ketinggalan dalam infrastruktur,” katanya.

Namun katanya, pentadbiran PH bertindak membatalkan semua projek pembangunan yang dirancangnya sebelum ini.

“Masuk saja PH? Potong bajet ini, batal projek itu, sanggup bayar pampasan asalkan henti projek pembangunan yang Najib buat dulu.

“Perancangan ekonomi apa pun tidak ada,” bidas beliau.

Sedangkan kata Najib, pembangunan infrastruktur juga menjana ekonomi dan pekerjaan.

“Anak-anak muda dan graduan tempatan ada peluang pekerjaan dan mereka boleh sama-sama dapat pengalaman dalam projek berteknologi tinggi.

“Ia juga menggerakkan ekonomi tempatan di kawasan-kawasan projek, bawa manfaat kepada peniaga kecil,” jelasnya.

Malaysia membayar RM320,270,519.24 kepada Singapura sebagai pampasan berhubung pembatalan projek HSR Kuala Lumpur-Singapura.

Jumlah pampasan pembatalan projek HSR Kuala Lumpur-Singapura merangkumi pelbagai kos, tetapi tidak membabitkan kos pembelian tanah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat