Adun PAN Johor Letak Jawatan Parti

- Advertisement -

JOHOR: Adun Serom dari parti PAN, YB Dr. Ir. Faizul Amri Adnan, dilaporkan telah melepaskan semua jawatan dalam parti berkenaan.

Beliau yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan selain ahli jawatankuasa parti negeri berkenaan, melepaskan semua jawatan tersebut kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti berkenaan.

Memetik kenyataannya kepada sebuah portal berita, beliau juga tidak akan mempertahankan kerusi Serom dalam PRU15 yang akan datang.

Pengerusi PAN Johor memaklumkan kepada portal berita yang sama bahawa, pucuk kepimpinan negeri parti itu akan membincang sama ada menerima atau menolaknya perletakan jawatan tersebut dalam mesyuarat yang akan diadakan nanti.

Keseluruhannya, PAN mempunyai 9 orang Adun di Johor. Dalam pertukaran kerajaan negeri tidak lama sebelum ini, kesemua mereka kekal bersama Pakatan Harapan – sumber Facebook.

Kredit foto (surat): FB Razam Ramli

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat