Sekolah: Masalah Sikap Yg Perlu Diubah, Tahun 2020 Dah..

- Advertisement -

RATA-RATA jalan ke sekolah hari ini sesak teruk berikutan anak-anak tahun 1-3 yang memulakan sesi persekolahan setelah 4 bulan tidak ke sekolah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan pelbagai kategori yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini untuk menyekat penyebaran Covid-19.

Dalam beberapa hari ini juga, para guru di seluruh negara kita percaya, sibuk memaklumkan kepada penjaga tatacara norma baru pembukaan sesi sekolah untuk anak-anak pada peringkat ini. Antara lain, bawa bekalan dari rumah, tidak membenarkan lagi penjaga masuk ke kawasan sekolah dan hanya menurunkan anak-anak di luar pagar sahaja

Pihak sekolah sendiri nampaknya menyediakan beberapa langkah tambahan seperti menutup sementara jalan di hadapan sekolah serta menambah kakitangan keselamatan seperti Rela dan sebagainya.

Dari pemerhatian di banyak tempat, nampak semuanya sama, teratur seperti itu. Semuanya bagi memastikan kelancaran proses kemasukan semula anak-anak yang dah lama tak ke sekolah ini.

Bagaimanapun….

Realitinya, pagi ini kesesakan teruk lagi luar biasa, tetap berlaku di kawasan sekolah.

Bukan sangat tentang pertambahan jumlah kenderaan tapi sikap sesetengah penjaga yang berkumpul untuk melihat anak masing-masing masuk ke sekolah DARI SEBERANG JALAN – itu yang sebenar memburukkan lagi keadaan.

Dah masuk kawasan sekolah kot anak-anak kalian, yang nak juga dipandang sampai hilang dari pandangan tu dah kenapa? Apa dah tak ada kerja lainkah yang nak dibuatkah?

Kalau masalah biasa mula sesi persekolahan tu kita faham, masalahnya, dah bulan Julai dah ni, budak-budak tu dah 3 bulan lebih sekolah pun sebelum PKP dilaksanakan. Ditunggu buat apa lagi?

Tak tahu apa masalah mereka ini, bukan hantar anak-anak pergi berperang pun. Dek kerana itu, entah berapa ramai masuk lewat ke tempat kerja hari ini.

Inilah sebenar masalah sebilangan kita, asyik mementingkan diri sendiri, tak pedulikan orang lain. Sama seperti pemakai tag merah jambu yang sepatutnya kuarantin di rumah tapi masih degil untuk keluar.

Sia-sia saja usaha para guru dan pihak sekolah cuba memastikan kelancaran proses ini kalau diakhirnya masih ada satu dua yang tidak mendengar nasihat. Tak semua tapi segelintir pun cukup dah.

Takkanlah setiap kali sesuatu peraturan nak dilaksanakan, kena ada campur tangan pihak berkuasa untuk memastikan pematuhan? Benda simple Seperti menurunkan anak di sekolah dan berlalu pergi ini pun tak boleh nak patuhkah?

Pening tengok masalah manusia macam ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat