Orang UMNO Tak Setuju Pembentukan PN Kata Ku Li

Zahid Hamidi Rasa UMNO Dikhianati – Sumber

Kuala Lumpur — Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah memberi amaran kepada wakil-wakil BN dalam perundingan iaitu Datuk Seri Bung Moktar Radin,...

Bung Mengadap TYT Petang Ini

Kota Kinabalu - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar akan mengadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin petang. Perkara itu dimaklumkan oleh...

Ketua Menteri Sabah Daripada BN?

KOTA KINABALU- Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor meninggalkan meja rundingan sebelum selesai perbincangan siapa Ketua Menteri Sabah. Hajiji berkata, perbincangan telah selesai dan...

GRS Kuasai Sembilan Dari 13 Kerusi Baru DUN Sabah

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menguasai sebahagian besar daripada 13 kerusi...

#PRNSabah : Semua 41 ADUN GRS Akan Mengadap TYT Hari Ini

Kota Kinabalu - Semua ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sedang mengadakan perbincangan bagi menentukan calon Ketua Menteri yang...

Kuala Lumpur – Kemarahan dan kekecewaan akar umbi UMNO terhadap tindakan beberapa bekas pemimpin mereka yang melompat masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) masih belum reda.

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, sentimen tersebut harus diambil kira sebelum parti bersetuju mendaftarkan Perikatan Nasional (PN) atau melakukan sebarang rundingan pembahagian kerusi dengan Bersatu.

Tegas beliau, jika UMNO meneruskan idea berkaitan PN atau tunduk dengan mudah dalam rundingan bersama parti serpihan itu, mereka perlu bersedia untuk ditolak akar umbi sendiri dalam pilihan raya akan datang.

“Orang UMNO tidak setuju (pembentukan PN) kerana kerusi yang sekarang ini diwakili sesetengah mereka yang berada dalam Bersatu, adalah kerusi kita. Dia lompat lari dari kita.. ini bagi orang UMNO di peringkat bahagian, mereka marah betul.

“Mereka bekerja bermati-matian menolong calon UMNO tiba-tiba dia cabut lari, orang UMNO tempatan marah. Jadi, kalau kita bertindak nak memihak kepada apa dituntut oleh Bersatu, saya rasa kita semua akan dihalau oleh orang UMNO,” katanya memetik laporan sebuah portal.

Ahli Parlimen Gua Musang itu sebelum ini mendedahkan cadangan untuk mendaftarkan PN sebagai gabungan parti politik yang sah bakal mendapat tentangan ramai khusus­nya dalam kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, walaupun perkara tersebut masih dalam peringkat perbincangan, ramai yang memilih mahu kekal di bawah naungan BN dan menolak sebarang penggunaan logo parti lain.

Mengulas lanjut, Tengku Razaleigh berkata, kemarahan akar umbi yang belum reda itu terzahir apabila ada antara mereka masih menolak untuk bersalam dengan bekas pe­mimpin UMNO terbabit ketika solat Jumaat.

Tambah beliau, soal formula pembahagian kerusi dengan Bersatu pula tidak patut timbul kerana UMNO setakat ini tidak pernah membuat sebarang perjanjian dengan parti di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

“Benda ini tidak pernah bincang. Tetapi dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang saya hadir baru-baru ini, ramai menyuarakan pendapat bahawa kita tidak pernah ada hubungan dengan Bersatu.

“Dan kerusi-kerusi ini masih dianggap kerusi UMNO. Pagoh, Muar, Langkawi. Itu semua kerusi UMNO. Kerusi Jerlun pun,” katanya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Zahid Hamidi Rasa UMNO Dikhianati – Sumber

Kuala Lumpur — Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah memberi amaran kepada wakil-wakil BN dalam perundingan iaitu Datuk Seri Bung Moktar Radin,...

Bung Mengadap TYT Petang Ini

Kota Kinabalu - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar akan mengadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin petang. Perkara itu dimaklumkan oleh...

Ketua Menteri Sabah Daripada BN?

KOTA KINABALU- Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor meninggalkan meja rundingan sebelum selesai perbincangan siapa Ketua Menteri Sabah. Hajiji berkata, perbincangan telah selesai dan...