BPN: Kerajaan Telah Agih RM11.14 Billion Setakat 20 Julai

PKR Sasar Sokongan 20 MP Lompat Dari Bersatu dan UMNO – Laporan

KUALA LUMPUR — Dakwaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan majoriti bagi menubuhkan kerajaan terus menimbulkan pelbagai tanda tanya,...

Annuar Musa Negatif Covid-19, Tetap Jalani Kuarantin

CYBERJAYA - Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa memberitahu bermula hari ni beliau akan menjalani kuarantin di Kota Kinabalu walaupun ujian...

Anwar Takkan Lama Jadi PM Jika Saya Menang Di Mahkamah – Peguam

KUALA LUMPUR – Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana beliau akan berdepan dengan keputusan mahkamah berhubung...

PRN Sabah: KKM Rayu Patuhi SOP Kempen, Mengundi Tanpa Kira Status, Kedudukan

KOTA KINABALU – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merayu semua yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tanpa mengira status dan kedudukan dalam masyarakat...

Cuepacs Gesa Lantik Semula 55,000 Kakitangan Kontrak Yang Ditamatkan PH

IPOH - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan melantik semula 55,000 kakitangan kontrak yang ditamatkan perkhidmatan dalam sektor awam ekoran...

Kuala Lumpur – Kerajaan telah mengagihkan sebanyak RM11.14 bilion Bantuan Prihatin Nasional (BPN) setakat 20 Julai, 2020, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata jumlah ini meningkat daripada RM11.06 bilion minggu lalu, termasuk rayuan BPN melibatkan 10.416 juta penerima.

Dalam Laporan Laksana Ke-14, Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) & Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), Tengku Zafrul berkata bagi bayaran kepada kumpulan rayuan melibatkan 160,000 pemohon yang lulus dengan peruntukan RM139 juta, sebanyak RM125 juta atau 146,000 penerima telah berjaya dikreditkan.

Selebihnya penerima yang gagal kredit dinasihatkan untuk ke Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk proses bayaran secara tunai, jelas beliau.

Beliau menambah bagi Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020, pembayaran fasa ketiga akan dilaksanakan mulai 24 Julai, 2020, melibatkan RM3.0 bilion dan memanfaatkan hampir 4.28 juta penerima BSH, merangkumi 3.75 juta isi rumah dan 0.53 juta bujang, berumur antara 40-59 tahun.

“Kadar BSH yang akan diterima juga mengambil kira 3.8 juta anak penerima BSH berumur 18 tahun ke bawah,” kata beliau.

Tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 7 Ogos, 2020 hingga 6 September, 2020, secara dalam talian di portal BSH.

Pemohon juga boleh hadir di mana-mana Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar.

Sementara itu, bagi menyokong aktiviti perniagaan, Tengku Zafrul berkata jumlah keseluruhan Geran Khas Prihatin (GKP) yang diluluskan adalah bernilai lebih kurang RM1.64 billion dan ini telah memanfaatkan 545,000 perniagaan kecil dan sederhana (PKS) mikro.

“Daripada jumlah ini sebanyak RM1.47 billion telah dibayar, dan ini mencerminkan kadar pencapaian sebanyak 90 peratus. Bagi penerima yang berstatus gagal kredit dan telah mengemaskini nombor akaun bank, bayaran secara berperingkat telah dibuat mulai 2 Julai 2020,” jelas beliau.

Bagi Program Subsidi Upah (PSU) pula, sehingga 20 Julai, sejumlah RM7.82 bilion telah diluluskan, (peningkatan daripada RM7.79 bilion minggu lalu) yang memanfaatkan lebih 2.55 juta pekerja berbanding 2.53 juta pekerja minggu lalu.

Manakala, jumlah bayaran pula adalah sebanyak RM7.39 bilion (berbanding RM6.82 bilion minggu lalu) yang memanfaatkan 2.54 juta pekerja daripada 2.49 juta minggu sebelumnya, kata Tengku Zafrul.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah memuat naik nama-nama majikan yang telah menerima bantuan PSU.

Tindakan ini diambil berikutan aduan diterima daripada orang ramai bahawa terdapat segelintir majikan yang mengambil subsidi tetapi masih memberhentikan atau memotong gaji pekerja mereka, jelas beliau.

“Sehubungan itu, untuk makluman, orang ramai juga boleh melaporkan sebarang aduan kepada pihak Perkeso di emel [email protected] atau talian 1300 228 000 untuk tindakan lanjut.” kata Tengku Zafrul.

Dalam pada itu, beliau berkata bagi Dana Pinjaman Mudah PKS yang dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia, permohonan yang diluluskan oleh bank-bank tempatan dan disetujuterima oleh PKS berjumlah RM9.23 bilion, meningkat daripada RM9.1 bilion minggu lalu.

Ini akan memanfaatkan 20,815 PKS berbanding 20,545 minggu sebelumnya.

Jumlah ini termasuk dana “Special Relief Facility”, “Automation& Digitalisation Facility”, “All-Economic Sector Facility” dan “Agrofood Facility”.

Sementara bagi Skim Kredit Mikro BSN, sebanyak 11,210 PKS permohonan diluluskan setakat 20 Julai 2020, meningkat daripada 10,264 bernilai RM370.81 juta berbanding RM344.4 juta minggu sebelumnya

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

PRN Sabah: KKM Rayu Patuhi SOP Kempen, Mengundi Tanpa Kira Status, Kedudukan

KOTA KINABALU – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merayu semua yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tanpa mengira status dan kedudukan dalam masyarakat...

Cuepacs Gesa Lantik Semula 55,000 Kakitangan Kontrak Yang Ditamatkan PH

IPOH - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan melantik semula 55,000 kakitangan kontrak yang ditamatkan perkhidmatan dalam sektor awam ekoran...

Mohammadin Boleh Didakwa Bawah Akta Polis, Kanun Keseksaaan – Bekas KPN

SHAH ALAM – Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohammadin Ketapi boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Polis jika menghina pasukan polis serta Kanun Keseksaan...