OnePlus Nord, Pakej Lengkap Untuk Sebuah Telefon Pintar Di Bawah RM1,500

- Advertisement -

Mula melancarkan telefon pintar pertama mereka dengan tagline flagship killer, jenama ini dilihat semakin matang serta mengumpul lebih ramai pengguna menerusi pengeluaran model-model baharu.

Seringkali hadir dengan telefon pintar flagship, OnePlus pada kali ini tampil dengan sebuah telefon pintar kelas pertengahan dengan harga mampu milik beserta spesifikasi yang berbaloi.

OnePlus Nord

Meskipun dilancarkan secara dalam talian, model ini dilancarkan dengan penuh hype sekali lebih-lebih lagi apabila beberapa YouTuber telah menerima model ini dengan lebih awal.

Mengulas mengenai spesifikasi OnePlus Nord, model ini hadir dengan skrin 6.44-inci 90Hz AMOLED FHD+ dan dikuasakan oleh processor Snapdragon 765G. Terdapat tiga variasi model ditawarkan buat OnePlus Nord terdiri daripada 6GB RAM/64GB ruang storan, 8GB RAM/128GB ruang storan dan 12GB RAM dan 256GB ruang storan.

111488685_646808529262027_378008445518111390_n

SUMBER: INSTAGRAM KARL CONRAD

Menariknya, OnePlus berjaya menyertakan empat kamera dengan sensor daripada Sony. Kamera utama model ini hadir dengan sensor 48-megapixel. Kamera-kamera yang lain pula terdiri dengan kamera sudut lebar, makro serta depth. Dwi-kamera pada bahagian hadapan pula hadir dengan sensor 32-megapixel serta 2-megapixel.

Penawaran bateri berkapasiti 4,115 mAh dengan pengecasan 30W pastinya sangat membantu pengguna dalam memastikan model ini dapat dikuasakan untuk seharian penuh tanpa sebarang masalah.

oneplus-nord-12801

Terdapat dua warna yang ditawarkan buat OnePlus Nord iaitu Blue Marble dan Gray Onyx. Sekali pandang, penggunaan material serta warna yang digunakan pada model ini sangat menarik serta agak premium untuk peranti kelas pertengahan.

Model ini sedia ditawarkan dengan harga Rs 24,999 (~RM1,427.20) bagi model 6GB RAM dan Rs27,999 (RM1,598.47) serta Rs 29,999 (RM1,712.65) bagi model dengan 8GB serta 12GB RAM. Sebuah harga yang berbaloi dengan spesifikasi serta rekaan yang ditawarkan.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat