Najib Yakin PRK Slim Memihak Calon Umno/BN

- Advertisement -

SHAH ALAM – Bekas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak optimis bahawa PRK Slim akan berpihak kepada calon Umno & Barisan Nasional jika diadakan kelak.

Menurut Najib, meskipun beliau belum meneliti dan mengkaji secara mendalam berkenaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim itu namun, enam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang dimenangi oleh Umno/BN sebelum ini sudah cukup untuk memberi isyarat kepada kemenangan calon dari gabungan tersebut.

“Meskipun saya akui, saya belum mengkaji secara mendalam keadaan politik dan demografi dan sebagainya di DUN Slim, tapi apa yang saya tahu, saya yakin bahawa sentimen memihak kepada calon Umno, calon Barisan Nasional sebagai momentum kepada enam PRK yang kita telah menang sebelum ini,” katanya dalam bual bicara bersama Sinar hari ini.

15 Julai lepas, bekas penyandang kerusi DUN Slim, Datuk Khusairi Abdul Talib meninggal dunia di Hospital Bentong, Pahang selepas mengadu kesukaran bernafas.

Khusairi memenangi kerusi DUN tersebut pada PRU-14 lalu seleaps menewaskan calon PPBM dan PAS dengan memperoleh majoriti 2,183 undi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat