Langgar Perintah Kuarantin, 17 Kelasi Warga Asing Di Sabah Didenda RM1,000

- Advertisement -

LABUAN – Seramai 17 kelasi warga asing dikompaun RM1,000 seorang kerana melanggar perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) selepas didapati membeli-belah di sebuah pasar raya besar semalam ketika di bawah arahan kuarantin.

Semuanya membayar kompaun itu selepas siasatan kes dilakukan mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Jabatan Kesihatan Labuan menjalankan siasatan selepas gambar 17 kelasi itu yang memakai gelang kuarantin membeli-belah di pasar raya tersebut tersebar di WhatsApp.

Pengarahnya, Dr Ismuni Bohari berkata laporan mengenai tindakan mengingkar Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) itu diterima beberapa minit selepas mereka dikesan membeli makanan di pasar raya itu.

“Kami segera menjalankan siasatan dan mendapati mereka melanggar HSO dengan mengunjungi premis perniagaan dan berada di tempat awam ketika masih di bawah arahan kuarantin.

“Semalam, mereka menjalani kuarantin hari ke-12 di beberapa hotel yang diwartakan dan dijadualkan menjalani ujian Covid-19 ke-2 pada hari berikutnya,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai, terutamanya yang menjalani kuarantin supaya tidak menanggalkan gelang kuarantin serta mematuhi PKPB kerana pandemik Covid-19 belum berakhir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat