Agong Doakan Kesihatan Raja Salman, Hargai Jasa Arab Saudi Kepada Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mendoakan agar Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud segera sembuh selepas dilaporkan gering dan dimasukkan ke Hospital Pakar Raja Faisal.

Pada masa sama, baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Raja Salman kerana banyak membantu melancarkan hubungan baik di antara Malaysia dan Arab Saudi khususnya dalam bidang perubatan.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan kepada Raja Salman dan kerajaan Arab Saudi di atas kemurahan hati menyumbang peralatan perubatan kepada Malaysia.

“Sumbangan tersebut membantu Kementerian Kesihatan dan agensi kerajaan yang berkait dalam memerangi penularan Covid-19 di negara ini.

“Kerajaan Arab Saudi merupakan penyumbang peralatan perubatan terbesar kepada Malaysia,” memetik kenyataan Istana Negara di Instagram, hari ini.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima kunjungan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Mahmoud Hussein Saeed Qattan di Istana Negara.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan atas kerjasama dihulurkan kerajaan Arab Saudi dalam membantu membawa pulang rakyat Malaysia ke tanah air.

“Sehingga kini, seramai 1,222 rakyat Malaysia selamat pulang ke tanah air dari Arab Saudi menerusi 10 penerbangan khas.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa sukacita terhadap hubungan akar umbi Malaysia dan kerajaan Arab Saudi yang terjalin dengan erat dan secara istimewa di dalam pelbagai aspek di antara kedua-dua negara,” memetik kenyataan itu lagi.

Sementara itu, Al-Sultan Abdullah turut berharap agar Malaysia dan Arab Saudi terus melaksanakan langkah tuntas dalam mengukuhkan hubungan hala serta perpaduan ummah di antara dua negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat