Debat TH: Selepas Azeez Setuju, Mujahid Berdiam Diri

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Cabaran debat yang dilontarkan oleh ahli parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof di sambut dengan jiwa terbuka oleh Datuk Seri Abdul Azeez Rahim.

Azeez melalui laman Facebook berkata bersetuju dengan cadangan tersebut dan menanti jawapan balas dari Mujahid.

“Hari ni saya mendapat satu jemputan debat seperti dibawah dan saya dengan jiwa yang terbuka bersetuju dengan cadangan ini.

“Semoga ahli panel yang dicadangkan, YB Parit Buntar dapat memberikan jawapan untuk cadangan debat ini.

“Saya menunggu maklum balas dari pencadang samada YB Parit Buntar sudi dengan jemputan ini. Kebetulan hari raya korban nak dekat dah ni,” ujarnya lewat malam tadi.

SuaraTV selaku penganjur telah berulang kali cuba menghubungi bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu.

Namun sehingga berita ini ditulis, tiada sebarang jawapan yang diberikan sama ada menerima atau menolak debat tersebut.

Selain panggilan telefon yang tidak berjawab, pesanan melalui applikasi WhatsApp juga tidak berbalas, sepi tanpa jawapan.

Mujahid pada Selasa, mencabar Azeez untuk berdebat dalam hal berhubung dakwaan salah urus institusi kewangan yang menguruskan dana umat Islam sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

“Saya nak berdebat dengan dia ini (Azeez). Kita bentangkan apa yang didakwa. Dia kata ada fakta, tak apa, dedahkanlah supaya jangan ada beringat-ingat seperti di Parlimen baru-baru ini.

“Kita dedahkan secara aman, damai, bertamadun dan kita serahkan kepada rakyat untuk menilai,” katanya semalam.

Isu Tabung Haji

Ketika era pentadbiran Pakatan Harapan (PH), kerajaan telah mengalihkan aset tidak untung kepada syarikat tujuan khas (SPV).

Bekas Pengerusi Tabung Haji (TH) itu ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat semalam berkata, aset TH meningkat sebanyak RM26.5 bilion sepanjang tempoh beliau menerajui institusi kewangan itu pada Julai 2013 hingga Mei 2018.

Azeez turut menjelaskan sehingga kini dirinya tidak pernah mempunyai sebarang tuduhan di mahkamah membabitkan kes TH.

Selain itu, beliau turut menyoal tindakan pentadbiran Pakatan Harapan yang gagal membentangkan laporan tahunan TH pada tahun 2018 dan 2019 sambil menunjukkan laporan kewangan TH 2013 hingga 2016 semasa institusi itu berada di bawah pentadbiran beliau.

Jelasnya, keperluan dan kewajipan menyediakan laporan tahunan penyata kewangan ini telah termaktub dalam Seksyen 5 dan 6, Akta Badan berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 (Akta 240).

Malah beliau turut mendedahkan Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) syarikat yang dilantik oleh kerajaan PH untuk menstruktur semula TH hanya mempunyai modal berbayar RM1.

Menurutnya lagi semua perabot dan peralatan elektrik di empat hotel milik TH yang dipindah milik kepada UJSB dijual pada harga RM10,000 sahaja.

Beliau mendakwa, kelulusan penjualan aset TH pada harga yang sangat rendah itu telah dinyatakan oleh seorang menteri PH secara bertulis.

Diakhir perbahasan tersebut, Azeez sekali lagi mengulangi pendiriannya mengesyorkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) oleh kerajaan bagi menyiasat dakwaan salah laku oleh pengurusan TH terdahulu sekali gus menawarkan diri menjadi individu pertama untuk disiasat dan memberikan kerjasama kepada RCI. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat