Setelah sekian lama menyepi dalam dunia telefon pintar, Lenovo akhirnya mengesahkan akan memperkenalkan telefon bimbit permainan mudah alih pertamanya pada 22 Julai ini iaitu hari yang sama dengan ASUS ROG Phone 3 diumumkan.
Peranti baru ini juga akan menjadi salah satu telefon pintar pertama yang dikuasakan oleh Snapdragon 865+ terbaru dengan teras utamanya mencapai sehingga 3.1 GHz serta menawarkan peningkatan 10% dalam prestasi CPU dan GPU.
Untuk spesifikasi Lenovo Legion Pro, Lenovo telah mengesahkan model ini akan hadir dengan dual port 45W (menjadikan keseluruhan 90W) untuk sokongan pengecasan pantas. Ia juga hadir dengan rekaan pelesapan haba yang baru dengan 14 sensor suhu, motor linear dwi-paksi dan port USB Type-C tambahan.
Lenovo Legion Pro juga bakal hadir dengan skrin FullHD+ dengan resolusi 2340×1080 pixel, kadar penyegaran 144Hz, kadar pensampelan sentuhan 270Hz, RAM 16GB LPDDR5 serta ruang storan 512GB UFS 3.1.