Peranan Penting PKMM Pahang Bantu Rancak Industri Perumahan

- Advertisement -

KUANTAN – Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pahang perlu memainkan peranan utama dalam merancakkan industri perumahan di negeri ini.

Selain itu, PKMM juga bertanggungjawab menghasilkan lebih ramai kontraktor Melayu berkualiti dan berdaya saing.

Itu antara pesanan Exco Kerja Raya, Pengangkutan Dan Kesihatan Negeri Pahang,Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PKMM Pahang Kali Ke-39 di Cameron Highlands, malam tadi.

“Saya juga ingin menyampaikan pesanan daripada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mahu semua kontraktor Melayu dapat berperanan bersama-sama Kerajaan Pahang memajukan industri perumahan di negeri ini.

“Beliau juga berharap semua kontraktor Melayu dapat melaksanakan projek yang diberikan dengan berkualiti, sebaik mungkin dan mengikut spesifikasi ditetapkan,” katanya.

Mesyuarat itu turut dihadiri Presiden PKMM, Datuk Seri Mohamed Fadzill Hassan; Yang Dipertua PKMM Pahang, Abdul Gapar Lambak dan Ketua Pegawai Eksekutif Roadcare (M) Sdn Bhd, Datuk Imran Wan Omar.

Mohammad Fakhruddin turut berkata, lebih banyak projek pembangunan dapat diteruskan di Pahang hasil kecekapan tadbir urus kerajaan negeri diterajui Wan Rosdy.

“Antara projek yang sudah dan sedang berjalan adalah Rumah Rakyat Pahang – rumah percuma kepada rakyat yang layak.

“Begitu juga dengan (projek) Rumah PRIMA Pahang, projek bekalan air, projek jalan raya dan infrastruktur serta banyak lagi.

“Sudah tentu ahli PKMM Pahang antara yang menerima manfaat melalui kontrak diwujudkan melalui projek untuk rakyat itu.

“Jadi, saya berharap PKMM Pahang akan terus bersama kita, bersama kerajaan dipimpin Datuk Seri Wan Rosdy untuk memastikan kemakmuran negeri ini dapat diteruskan,” katanya.

tamat

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat