Ibarat orang kaya ambil makanan dari food bank, Najib saran naikkan harga RON95

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan boleh pertimbangkan untuk naikkan harga minyak RON95 sebanyak 10 sen atau 20 sen,” cadang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Kata beliau, penurunan 65 peratus jualan RON97 juga merupakan bukti bahawa sebahagian besar orang kaya dan orang yang berkemampuan telah bertukar minyak ke RON95 untuk menikmati subsidi kerajaan.

“Ibarat orang kaya ambil makanan dari food bank.

“Hari ini, kerajaan memberi subsidi sekitar RM2.50 bagi setiap satu liter RON95 yang dijual pada harga RM2.05. Sebab itu, harga minyak RON95 Malaysia adalah antara 10 paling murah di dunia – jauh lagi murah banding Arab Saudi dan UAE.

“Bermaksud jika seorang dari golongan T20 mengisi 50 liter minyak RON95 bagi kereta mewahnya, kerajaan sebenarnya memberi subsidi sebanyak RM125 setiap kali orang kaya isi minyak.

“Sekiranya orang kaya ini isi minyak tiga kali sebulan bermaksud kerajaan memberi bantuan RM4,500 setahun bagi orang kaya – lagi tinggi berbanding BR1M kepada B40 dan M40,” kata Najib.

Menurut beliau, pihaknya pernah menyelesaikan masalah dan ketidakadilan ini ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu dengan mengapungkan harga minyak.

“Penjimatan dari ini pula disalurkan kepada pemberian BR1M yang dinaikkan dan diperluaskan jumlah penerima dari RM500 ke RM1,200 dan akhirnya ke RM2,000 setahun pada masa PRU14.

“Namun melihat kadar inflasi yang tinggi yang dialami seluruh dunia sekarang, ianya tidak sesuai untuk kita tarik subsidi minyak secara sepenuhnya pada ketika ini.

“Tapi jangan sentuh harga diesel pada ketika inflasi masih tinggi sekarang sebab ianya berkait langsung dengan kos pengeluaran, kos pengangkutan dan akhirnya akan memberi lebih tekanan kepada kadar inflasi,” ujarnya.

Selain itu katanya, Kkrajaan juga patut naikkan duti eksport dan cukai durian runtuh bagi sektor minyak sawit pada ketika dunia masih kekurangan bekalan dan harganya tinggi sebab ianya dibayar oleh pembeli (iaitu orang asing) dan juga syarikat-syarikat perladangan besar – bukan dibayar oleh peneroka.

“Penjimatan subsidi 10 sen atau 20 sen bersama hasil tambahan cukai sawit serta penjimatan dari tidak lagi memberi subsidi untuk ayam dan telur boleh disalurkan untuk diberi sebagai bantuan tunai kos sara hidup bagi golongan B40 dan T40 setiap 3 bulan selagi kadar inflasi masih tinggi.

“Orang T20 tak kisah dan tak terkesan jika harga makanan tinggi tapi ianya merupakan tekanan yang besar bagi golongan B40 dan sebahagian besar golongan M40,” jelasnya.

Selain itu kata Najib, sudah tentu pemberian bantuan tunai kos sara hidup setiap tiga bulan akan melegakan tekanan kos makanan bagi golongan B40 dan M40.

Malah ujar beliau, kerajaan juga perlu selesaikan masalah kekurangan tenaga kerja secepat mungkin sebab ianya adalah antara faktor utama kekurangan pengeluaran dan kenaikan harga barang.

“Dari bulan April 2021 lagi saya dah beri amaran kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) masa itu bahawa kawalan harga ke atas harga ayam dan telur tanpa menyelesaikan masalah pokok iaitu kos dedak dan kos operasi disebabkan oleh kekurangan tenaga kerja serta kenaikan harga elektrik hanya akan menyebabkan kekurangan bekalan dan harga yang lebih tinggi.

“Tapi tidak dihirau. Akibatnya, ramai penternak dan pengeluar ayam dan telur lingkup sebab dipaksa kerajaan untuk jual pengeluaran mereka di bawah harga kos secara berpanjangan.

“Akibatnya pengeluaran dan bekalan telah turun. Bila bekalan kurang dari permintaan, harganya akan naik,” ujarnya.

Malah katanya, kerajaan hari ini juga telah mansuhkan subsidi ayam dan telur yang diberi sejak Februari 2022 lalu.

“Pengeluar yang masih beroperasi pula sudah tentu akan mengambil kesempatan untuk naikkan harga dengan lebih tinggi setelah harga siling dimansuhkan untuk tebuskan kerugian yang dialami sejak April tahun lalu.

“Saya bukan fans bagi subsidi pukal sebab sistem subsidi di negara ini lebih memanfaatkan orang kaya.

“Menteri Kewangan hari ini pun dah faham,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat