KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik keras kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berhubung ancaman terhadap Iran.
Dalam kenyataan ringkas pada Jumaat, Dr Mahathir menyatakan bahawa Trump mengugut bahawa Iran akan “dilenyapkan dari muka bumi” dan “seluruh tamadunnya akan mati”.
“Trump “akan menjadi orang pertama di dunia yang mencapai ‘kegemilangan’ dengan mengugut untuk membunuh lebih daripada 90 juta orang,” tempelak beliau.
Hubungan AS-Iran telah tegang sejak beberapa tahun kebelakangan ini berikutan isu program nuklear dan sekatan ekonomi.



