Pemimpin PAS Nafi Ada Gerakan Jatuhkan Kerajaan Perak

- Advertisement -

IPOH – Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria menegaskan perjumpaan beliau dengan wakil rakyat kerajaan hanya perjumpaan biasa yang tidak berkaitan dengan usaha menjatuhkan kerajaan negeri.

Kata Pesuruhjaya PAS Perak itu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol berkata, ia sekadar perjumpaan biasa seperti terserempak sewaktu menghadiri sesebuah majlis keraian yang tidak secara terperinci membincangkan mengenai pertukaran kerajaan.

“Memanglah menjadi kebiasaan kita berjumpa sesama ADUN dalam sesuatu majlis seperti kenduri, jamuan raya dan sebagainya yang mana kami bertukar fikiran serta berbincang mengenai keadaan negeri dan politik semasa. Itu biasa, lebih daripada empat orang (ADUN) pun,” katanya dalam sidang media khas di Bilik Sidang Media DUN Perak, di sini, hari ini.

Sidang media itu dibuat oleh Razman serta dihadiri kira-kira 20 wakil rakyat PN Perak termasuk Setiausaha PN Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin (Sungai Manik-PN) sebagai reaksi balas kepada sidang media yang dibuat oleh Saarani bersama 30 ADUN kerajaan perpaduan Perak pagi tadi.

Pagi tadi, Saarani dilapor berkata, Kerajaan Perpaduan di Perak masih stabil dan kukuh, sekali gus tidak benar dakwaan wujud gerakan untuk menjatuhkan pentadbiran negeri sedia ada.

Dalam pada itu, Zainol Fadzi berkata perjumpaan dengan wakil rakyat kerjaaan itu seharusnya tidak disalah ertikan sebagai langkah untuk ‘membeli’ ADUN kerajaan untuk memastikan kerajaan Perak kini kehilangan mejoriti.

Zainol bahkan turut berseloroh dengan mengatakan partinya iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tiada duit untuk ‘membeli’ ADUN susulan akaun bank parti itu kini sedang dibekukan.

“Kita berjumpa biasa, takkan tak bersembang. Dua malam sudah saya jumpa malah berpelukan dengan ADUN Hulu Kinta (Muhamad Arafat Varisai Mahamad-PH) sewaktu kenduri kahwin anak saya.

“Jadi pada saya janganlah salah anggap kerana kami (sesama ADUN) pun berkawan, bukan sahaja berkawan di kalangan kami (pembangkang).

“Tak timbul isu membeli ADUN. Kita tak ada duit pun memandangkan akaun BERSATU sudah kena beku,” katanya. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat