E-invois Bermula Jun 2024, Mantapkan Sistem Cukai Hasil

- Advertisement -

SHAH ALAM – Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) memaklumkan penggunaan e-invois yang bermula Jun 2024 akan mempersiapkan negara terhadap sistem percukaian baharu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Mohd Nizom Sairi berkata, pelaksanaannya itu akan memperkemas dan mengukuhkan sistem cukai negara serta penilaian risiko pematuhan yang lebih tepat.

Menurutnya, perkara tersebut secara tidak langsung meningkatkan tahap pematuhan dalam kalangan pembayar secara sukarela.

“Ia turut memberikan banyak manfaat kepada pembayar cukai dari segi meningkatkan kecekapan operasi perniagaan, memudahkan urusan penyimpanan rekod dan mengurangkan kos pematuhan cukai mereka.

“Pelaksanaan e-invois ini juga dapat mewujudkan transaksi perniagaan yang lebih telus sekali gus membantu kerajaan mengatasi masalah ekonomi bayangan (shadow economy) dalam urus niaga,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mohd Nizom berkata, inisiatif e-invois juga sejajar dengan perkembangan arus revolusi digital yang pesat dengan gaya perniagaan kini yang memerlukan cara lebih mudah untuk membuat pertukaran maklumat dan transaksi perdagangan di peringkat domestik mahupun global.

“Bagi memastikan kecekapan pengurusan pentadbiran percukaian negara seiring dengan perkembangan teknologi semasa, kerajaan melalui pembentangan Bajet 2023 telah memperkenalkan pelaksanaan e-invois sebagai satu mekanisme baharu untuk mencapai hasrat tersebut,” ujarnya. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat