Dewan Rakyat Lulus RUU Kanun Keseksaaan (Pindaan) 2023

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 bagi memansuhkan kesalahan percubaan bunuh diri.

RUU berkenaan diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas lapan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

RUU itu pertama kali dibentangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh pada 4 April lalu bagi bacaan kali pertama.

Katanya, pemansuhan Seksyen 309 untuk meniadakan kesalahan percubaan bunuh diri di bawah Akta 574 Kanun Keseksaan, akan menjadi anjakan dalam usaha mencegah kes cubaan bunuh diri di Malaysia dan menggalakkan mereka yang terkesan tampil ke hadapan untuk mendapatkan bantuan.

“Dengan ini ia akan menghapuskan stigma terhadap perbuatan cubaan bunuh diri, seterusnya menurunkan kadar kematian bunuh diri,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya, Seksyen 309 adalah peruntukan dari abad ke-19 yang wujud kerana anggapan lama bahawa tindakan menjenayahkan adalah cara terbaik untuk menghalang perbuatan percubaan membunuh diri.

Menurutnya, kerajaan berpandangan Seksyen 309 Akta 574 wajar dimansuhkan kerana negara-negara luar dilihat mengambil pendekatan rawatan dan bukannya pendakwaan bagi menangani isu berkenaan.

“Namun begitu, kesalahan persubahatan membunuh diri di bawah peruntukan Seksyen 305 dan 306 Akta 574 akan dikekalkan menjadi suatu kesalahan, dengan persubahatan dalam cubaan bunuh diri akan turut dijadikan kesalahan jenayah di bawah peruntukan sama,” jelasnya. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat