5G: Model duopoli untungkan dua entiti swasta terpilih sahaja – Wan Saiful

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Model duopoli yang diguna pakai Kerajaan Perpaduan dalam dasar 5G negara berisiko menghapuskan pemilikan rakyat melalui pegangan kerajaan dalam Digital Nasional Bhd (DNB).

Ahli Parlimen Tasik Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, penghapusan pemilikan rakyat dan kawal selia kerajaan boleh diterima jika ia membuka ruang untuk penglibatan banyak syarikat swasta, bukan dua sahaja.

“Model Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ini akan memberi keuntungan hanya kepada dua entiti swasta yang kerajaan Anwar pilih dan restui sahaja.

“Inilah yang kita bimbang akan menghantui rakyat di masa depan dan menimbulkan masalah dalam peluasan 5G dalam negara,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Dalam Dewan Rakyat hari ini, beliau mempersoalkan keputusan kerajaan untuk mewujudkan duopoli bagi menggantikan monopoli.

“Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nee Ching kata monopoli lebih buruk dari duopoli. Ini bukan jawapan yang bernas kerana the root cause tidak disentuh.

“Jika kita mahu menghapuskan monopoli untuk mewujudkan persaingan, kenapa hanya dua rangkaian sahaja dibenarkan? Untuk mewujudkan persaingan, seharusnya dibenarkan wujud lebih banyak pemain industri dan bilangannya tidak di hadkan kepada dua sahaja.

“Timbalan Menteri juga gagal memahami isu natural monopoly. DNB adalah milik kerajaan, bermaksud ia dimiliki oleh rakyat. Natural monopoly biasanya akan dipegang pemilikan atau kawalselianya oleh kerajaan untuk memastikan rakyat dilindungi. Itulah konsep DNB,” katanya.

Tetapi menurut Wan Saiful, duopoli mengikut acuan kerajaan Anwar berkemungkinan akan menghapuskan pemilikan rakyat melalui pegangan kerajaan dalam DNB, sebaliknya mewujudkan duopoli oleh dua entiti swasta terpilih yang mendapat restu kerajaan untuk mengawal 100 peratus pasaran 5G.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat