Adik Shahidan Kassim meninggal dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas ADUN Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Hospital Selayang, sebentar tadi.

Perkara itu disahkan oleh abangnya, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam hantaran di Facebook sebentar tadi.

Difahamkan adik kepada Ahli Parlimen Arau itu mengalami serangan jantung ketika berada di rumah.

“Dukacita dimaklumkan bahawa adik saya Chu @ Datuk Ismail Kassim telah meninggal dunia jam 2.45 petang.

“Saya memohon sahabat semua sedekahkan Alfatihah untuk beliau. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman,” kata Shahidan.

Ismail, 63, pernah menjadi ADUN Tambun Tulang selama dua penggal sejak Pilihan Raya Umum Ke -13 (PRU13) dan PRU14.

Sebelum itu, beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen Arau pada PRU12 bermula dari tahun 2008 sehingga 2013.

Pada PRU15 lalu, Ismail turut bertanding bagi mempertahankan kerusi DUN Tambun Tulang namun tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Wan Zikri Afthar Ishak

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat