Rakyat Perlu Main Peranan Patuh SOP, Beri Peluang Frontliners Berehat – Muhyiddin

Bersahabat Biar Jujur, Ketua Armada Bersatu Jangan Melampau, Kata Dr Asyraf

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan tidak melampaui batas setelah sekian lama UMNO bertolak ansur dalam membentuk kerajaan Pusat dan kerajaan...

Shafie Apdal Kunci Mulut, Enggan Ulas Pelantikan Hajiji Sebagai KM Sabah

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengunci mulutnya daripada mengulas panjang mengenai perkembangan politik terkini di negeri...

Jangan Hanya Berpolitik, Sekarang Masa Selesai Masalah Rakyat – Bung Moktar

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu semua pihak dan kerajaan negeri yang baharu dibentuk ini melaksanakan tugas dengan baik. Tegas...

Ujian Covid-19 Negatif Tetap Perlu Patuh Arahan Kuarantin – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR — Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menasihatkan golongan berisiko menjalani kuarantin selama 14 hari bagi mengelak penyebaran Covid-19. Jelas Asyraf, ia...

Kes Bekas Peguam Negara Saman Lim Kit Siang RM10 Juta Bermula April Depan

KUALA LUMPUR - Pendengaran saman bekas peguam negara, Mohamed Apandi Ali, terhadap pemimpin DAP, Lim Kit Siang ditetapkan selama 5 hari bermula 5 April...

PUTRAJAYA – Sudah tiba masanya rakyat Malaysia mengambil tanggungjawab memikul tugas membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19) untuk memberi peluang petugas barisan hadapan ‘berehat’, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, sekiranya rakyat memainkan peranan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) iaitu kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka, menyukat suhu badan dan amal penjarakan sosial sepanjang masa, beban tugas yang dipikul petugas barisan hadapan ketika ini dapat dikurangkan.

“Kita (petugas barisan hadapan) selama berbulan-bulan ini kita ambil langkah ke hadapan sebagai frontliners (petugas barisan hadapan), tetapi ‘slowly but surely’ selepas ini rakyatlah harus memikul tanggungjawab untuk menentukan supaya wabak Covid-19 ini tidak menular.

“Sebagai contoh kalau di Putrajaya semua Presint (dikategorikan zon) hijau, jadi mereka (penduduk) mesti kekalkan (zon) hijau dan ini bukan beban tugas KKM atau frontliners tetapi yang penting kepada penduduk yang berada di kawasan ini untuk menjaga, memelihara, supaya wabak itu tidak berlaku lagi di kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang video kira-kira 30 minit bersama wakil petugas barisan hadapan yang terbabit dalam menangani Covid-19.

Sidang video itu disertai wakil Kementerian Kesihatan Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pimpinan setempat perlu memainkan peranan mulai sekarang untuk memastikan penduduk sudah bersedia secara berperingkat untuk menjaga komuniti mereka sebelum kerajaan memutuskan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) satu masa kelak.

“Rakyat harus ke depan untuk memainkan peranan juga… ini pendekatan yang kita akan ambil mulai daripada sekarang supaya lepas ini kita (petugas barisan hadapan) boleh relaks sikit lah, rehat sikit lah kerana sekarang ini gayanya kerja sampai tidak ada masa hendak balik ke rumah masak ketupat, tolong isteri, sebab beban kita begitu banyak sekali.

“Tetapi saya jangka mungkin ke hadapan nanti, akan kita buat secara berfasa-fasa supaya tidaklah kita (frontliners) menanggung segala tugas dan tanggungjawab terletak 100 peratus di atas bahu kita,” katanya.

Dalam sidang video itu, Muhyiddin turut menzahirkan ucapan terima kasih atas peranan dan sumbangan yang dicurahkan oleh petugas barisan hadapan selama ini dan turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin kepada semua yang terlibat. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Bersahabat Biar Jujur, Ketua Armada Bersatu Jangan Melampau, Kata Dr Asyraf

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan tidak melampaui batas setelah sekian lama UMNO bertolak ansur dalam membentuk kerajaan Pusat dan kerajaan...

Shafie Apdal Kunci Mulut, Enggan Ulas Pelantikan Hajiji Sebagai KM Sabah

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengunci mulutnya daripada mengulas panjang mengenai perkembangan politik terkini di negeri...

Jangan Hanya Berpolitik, Sekarang Masa Selesai Masalah Rakyat – Bung Moktar

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu semua pihak dan kerajaan negeri yang baharu dibentuk ini melaksanakan tugas dengan baik. Tegas...