Guna Surat Palsu Rentas Negeri, 4 Lelaki Dikompaun dan Diarah Patah Balik

- Advertisement -

Empat lelaki melakukan rentas negeri dari Selangor untuk ke Besut dan Kelantan kantoi selepas selepas ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Perasing di Chukai semalam.

Kesemua berusia antara 20 hingga 37 tahun itu menaiki sebuah Proton Persona warna hitam ditahan polis pada 9.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sepasukan pegawai dan anggota yang melakukan pemantauan dan bertugas di SJR antara negeri itu menahan kereta terbabit sebelum meminta surat kebenaran rentas negeri yang dikeluarkan pihak polis.

Menurutnya, mereka mendakwa tidak mempunyai surat kebenaran terbabit dan siasatan kemudiannya mendapati pemandu kereta yang berusia 37 tahun itu mengaku dia bertugas untuk menghantar tiga lelaki berkenaan ke Besut dan Kelantan.

“Pemandu terbabit mengaku terima upah sebanyak RM350 untuk menghantar tiga lelaki terbabit dan mengaku ditunjukkan surat tawaran bekerja daripada tiga lelaki itu sebagai alasan perjalanan mereka.

“Anggota polis kemudiannya memeriksa surat tawaran terbabit dan selepas membuat semakan mendapati alamat tempat kerja yang tertera pada surat itu tidak wujud,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hanyan berkata, kesemua mereka mengaku surat terbabit adalah surat palsu dan dibuat oleh abang kepada rakan mereka.

“Kesemua mereka mendakwa berjaya melepasi tiga SJR di Kajang, Gombak dan Bentong dengan menggunakan surat tawaran bekerja terbabit,” katanya.

Menurutnya, pihaknya mengeluarkan kompaun terhadap kesemua mereka sebelum diarah berpatah balik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat