Najib Bakal Bebas Akibat Ketiadaan Bukti PihakPendakwaan – Gopal Raj Kumar

- Advertisement -

Pendakwan terhadap DSN dijangka akan digugurkan tidak lama lagi.

Antaranya adalah disebabkan oleh tindakan kerajaan Amerika, kekurangan bahan bukti yang boleh digunakan untuk mensabitkan kesalahan dan juga kerana pihak pendakwaan manjadikan hampir keseluruhan asas kes mereka berdasarkan bukti-bukti tidak diterima mahkamah, cakap dengar, sangkaan, dan dakwaan tidak berasas pengubahan wang haram, kecurian dan penyalahgunaan dana kerajaan adalah amat ketara:

Peguam Negara juga telah memulakan proses menggulung hujah pendakwaan dan saki bakinya jika ada yang akan membebaskan secara terhormat Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Pentadbiran Trump juga sedang meneliti tingkah laku Loretta Lynch yang sedang disiasat dengan sangat dahsyat atas aktiviti-aktiviti dan peranannya di dalam beberapa skandal sebagai Peguam Negara Amerika era Obama.

Dan antara dari banyak salah laku sebagai Peguam Negara US yang telah ditemui Amerika adalah bukti subahat Loretta untuk mengenakan DSN dan beberapa individu lagi bagi pihak NGO-NGO yang dibiayai oleh NED, Open Society milik Soros dan Clinton Global Foundation.

Kesemua ini adalah kesalahan-kesalahan serius yang membawa hukuman mandatori penjara untuk tempoh yang lama di Amerika.

Terdapat cakap-cakap bahawa Loretta telah bersetuju untuk beri kerjasama kepada pihak penyiasat sehingga ke tahap Amerika dan Malaysia tidak lagi dapat mempertahankan dakwaan terhadap DSN dan ahli keluarganya. (kerana terbukti bohong dan ada konspirasi)

Kami sentiasa konsisten mengatakan bahawa DSN tidak bersalah dan telah diperangkap; bertentangan dengan pandangan puak-puak yang beriman bahawa Najib bersalah.
Kami kekal dengan pendirian tegas kami.

Diterjemah dari penulisan asal berbahasa Inggeris oleh Uncle Gopal Raj Kumar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat