Pesawat Pakistan Terhempas Dekat Karachi

- Advertisement -

KARACHI: Al Jazeera melaporkan sebuah pesawat A320 penerbangan Pakistan yang membawa lebih kurang 100 orang penumpang, terhempas disebuah kawasan berpenduduk dekat Karachi, menurut pegawai penerbangan negara tersebut.

“Pesawat itu terhempas di bandar Pakistan, Karachi. Kami sedang mengesahkan jumlah penumpang tetapi laporan awal menyatakan seramai 99 orang penumpang dan 8 anak kapal berada di dalam pesawat tersebut”, kata
Abdul Sattar Khokhar, jurucakap badan penerbangan negara tersebut. Beliau menambah pesawat itu datang dari Lahore.

Pesawat PK8303 milik Syarikat Penerbangan Antarabangsa Pakistan (PIA) terbang dari Lahore ke Karachi, dijadualkan mendarat pada pukul 2.45 petang (waktu tempatan) ketika kejadian tersebut berlaku.

Tidak dapat disahkan berapa korban di darat setakat ini tapi menurut laporan, beberapa buah rumah dilihat terbakar.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat