Muhyiddin Jalani Kuarantin Mulai Petang Ini Selepas Pegawai Positif Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalani kuarantin di rumah selama dua minggu mulai petang ini selepas seorang pegawai yang hadir semasa mesyuarat pasca-Kabinet di Pejabat Perdana Menteri Rabu lalu disahkan positif Covid-19.

”Perdana Menteri telah menjalani ujian saringan Covid-19 pagi tadi dan disahkan negatif.

”Walau bagaimanapun, menurut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), Perdana Menteri perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang ini,” menurut Pejabat Perdana Menteri.

Semua ahli mesyuarat tersebut juga telah diarahkan agar menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari bermula hari ini.

Menurut kenyataan itu, setiap mesyuarat yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat pada setiap masa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat